Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 7 April 2011

PELAWOK KOHONG

Pelawok kohong,"pelawok" bermaksud pembohong atau penipu,manakala "kohong" itu ialah untuk menunjukkan terlampau,terlampau pembohong,bukan flowerhorn.Mari belajar cakap kelantan,"mari belajar kecek kelate".Negeri Kelantan,tanah serendah sekebun bunga atau nama jolokan Serambi Mekah,tapi ramai
yang mengejek,serambi maksiat,pengotor tapi terserah pada korang lah,apa korang nak kata..janji korang bahagia.

Mari kita mengenal serba sedikit tentang loghat kelantan,bagi yang berminat boleh baca,tak minat tak apa,tak paksa.Bagi mereka yang pernah berkunjung ke Kelantan boleh lah cuba-cuba cakap kelantan,bagi yang terasa nak cari pasangan dengan Mek Kelantan boleh la belajar secara beransur-ansur.Pertama yang perlu kita tahu ialah ganti nama diri,yang elok kita guna ialah "ambo" sebab bahasa lembut dan merendah diri.Bila kita berkunjung ke Kelantan,tempat pertama yang kita tuju ialah Pasar Siti Khadijah,barangan yang dijual antaranya,keropok,serunding,dodol dan kuih tradisional seperti akok,beko,ketupat dan bermacam-macam.Langkah pertama cuba tanyo kat makcik yang jual kuih tu "jual lagu mana ni mokcik" maksudnya jual macamana ni makcik,takpun korang boleh tanya "berapo serial kuih ni mokcik" maksudnya berapa seringgit kuih ni makcik.Di antara jawaban yang makcik tu cakap "murah jah mek(kalau korang perempuan) pat serial" maksudnya murah jer empat seringgit.

"Lagu mano dan guano" adalah mempunyai maksud yang sama,yang bermaksud bagaimana atau macamana.Banyak penambahan untuk menyatakan "terlalu atau amat" dalam bahasa Kelantan ni contohnya:

1-Manis,untuk menyatakan sifat manis yang terlalu manis maka ditambah "leting" menjadikan "manis leting"     teramat manis.

2-Masam,menjadi "masam purit" kerana teramat masam.

3-Gelap,menjadi "gelap gelemat" yakni terlampau gelap.

Satu hal yang tak dapat aku lupakan tentang loghat Kelantan ni ialah bahasa campuran iaitu omputih campur Kelantan maka akan lahirlah perkataan ini:

Jaga Guard Pintu Gate,Acu Cuba Try Test,rokot Ciggarette.
Rokok Ciggarette

Jaga Guard
Pintu Gate

Tengok orang arab pun kecek kelantan..


Ini orang KL boleh kecek kelate

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...