Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday, 12 April 2011

TAKZIAH DARIKU SEKELUARGA

Satu lagi berita yang mengejutkan kita bagaimana sebuah heli telah jatuh terhempas dan pilotnya cedera parah,dan semalam keluar kat tv mangsa telah meninggal dunia.Takziah dariku sekeluarga buat keluarga mangsa,bersabarlah menghadapi ujian dari Allah kerana ujian itu untuk menguji kesabaran dan tahap keimanan kita.Mati,semua orang mati cuma caranya mungkin berbeza.

Ini berita sebelumnya aku petik dari blog One-Kotabelud.
Seorang juruterbang yang cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu pada jam 1.50 tengah hari, setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Juruterbang, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) namun mengembuskan nafas pada kira-kira 8.30 sebentar tadi lapor Berita Harian online.

Sebelum itu Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail berkata helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei merupakan sebuah daripada tiga buah helikopter, yang membawa rombongan Muhyiddin melakukan tinjauan mesra di sana.

Beliau berkata sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu.

"Tiba-tiba helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki (tiga meter) itu dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh," katanya kepada pemberita di Sibu hari ini.

Shafie berkata juruterbang, yang bersendirian di dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya.

"Empat orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat. Mangsa telah digegaskan ke Hospital Sibu oleh pasukan JPAM," katanya.

"Punca kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar sebuah pasukan untuk membuat siasatan esok," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira pukul 4 petang.

Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan telah menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan.

"Saya rasa dukacita dengan kemalangan yang berlaku ke atas Kapten Sahimi. Saya telah menyaksikan pembedahan yang sedang dilakukan.

"Kita mendoakan agar beliau selamat menjalani pembedahan," katanya kepada pemberita di Hospital Sibu.

Dan ini kisahnya pada hari ini-dari blog warta 365.
Al-fatihah disedekahkah kepada Allahyarham suhaimi ghazali, pilot yang terbunuh selepas helikopternya terhempas di Sibu selepas membawa rombongan Barisan Nasional di Sibu akan sampai di Airport Pengkalan Chepa,Kota Bharu jam 4 petang ini.

Allahyarham adalah ahli PAS kawasan Kajang Utama, Serdang.

Exco Kebajikan kelantan akan menunggu allahyarham di airport untuk dibawa ke rumah keluarga beliau di flat wakaf mek zainab.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...