Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday, 19 April 2011

SIAPA SESAT...

Sesat....siapa yang sesat,siapa kita begitu berani kata orang lain sesat,banyak ke ilmu agama kita,tilik sedalam-dalamnya  keadaan kita dan adakah kita ini benar-benar sempurna.Persoalan sesat ni lama dah dipersoalkan tapi tak ada penghujung dan titik noktah dan yang lebih malang kita tak terasa yang kita sebenarnya sesat.Setiap ajaran yang menyimpang dari ajaran Rasulullah adalah sesat.Ramai dikalangan kita
yang mengaku islam tapi tak mengamalkan suruhan Allah,kita berzina,minum arak,tak menutup aurat,rasuah sana-sini,apakah itu bukan sesat,sebab ajaran islam yang sebenar tak menyuruh pengikutnya berbuat begitu.Persoalannya mengapa kita mudah mengfatwakan orang-orang yang kita benci,orang yang menentang perjuangan kita,orang yang tak sealiran dengan kita dengan ungkapan sesat.


Sesat ialah orang yang tak menemui jalan keluar,tak ada cahaya keimanan,tak ada hidayah dari Allah yang ada ialah segulung ijazah dan cara berpakaian ala-ala nampak alim tapi bila bercakap tak boleh diterima pakai,sebab apa yang dicakap itu bukan ilham dari Allah atau bersumberkan ajaran  yang sebenarnya tapi keaiban dirinya,siapa sebenar dirinya.Amat malang bagi kita,kita boleh menerima segala ucapan dan amalan dari golongan ini.kita tak boleh membezakan yang mana benar dan mana dusta,itulah menjadi kebimbangan kita bila Allah membuka keaiban seseorang tanpa disedari oleh pemilik batang tubuh  atau empunya badan.


Zaman sekarang ramai orang pandai berfikir dan ramai yang jadi ahli fikir mereka lebih menggunakan hukum akal daripada dalil atau nas-nas yang dirujuk  dari hadis dan al-qur'an.Manusia yang berfikiran waras tak akan menerima sebarang ucapan atau perbuatan yang menyimpang dari ajaran islam,melainkan kerana mementingkan wang ringgit dan pangkat.Golongan ini sebenarnya lebih tahu soal hukum-hakam,dosa-pahala tapi mereka menyembunyikan dan memutarbelitkan fakta.Kadang-kadang aku pun rasa hairan mengapa manusia ini terbahagi pada banyak bahagian padahal ianya berasal dari satu,maksud aku dari aliran pengajian yang sama,guna al-qur'an yang sama dan banyak persamaan dalam segala hal,tapi bab fahaman, pemikiran  dan  perjalanan hidup jauh berbeza.


Manusia seperti ini hanya menganggap islam itu hanya pada ibadat sahaja tidak pada ekonomi,pendidikan,politik,perjuangan dan lain-lain.Semua urusan dunia akan berakhir didunia sahaja,sebab itu mereka bebas mendedahkan aurat,zina,minum arak,berbohong dan sebagainya,mereka percaya adanya hari akhirat tapi bagaimana boleh ia melakukan hal-hal yang ditegah oleh Allah.


Payah untuk kita menerima hakikat kalau ada yang kata kita ni sebenarnya memang sesat,nak mengaku kita ni sesat macamana kalau kita bukan pengikut kerajaan langit atau Ayah Pin,kita tidak pernah ditakrifkan ahli ajaran sesat, cuma tindak-tanduk,perbuatan,pertuturan kita memang kearah itu,bezanya tidak ditangkap atau diwartakan sesat oleh Jabatan Agama Islam.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...