Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday, 10 April 2011

TAKAFUL KIFALAH BAKAL SELESAI TUNGGAKAN MANFAAT RM4J

KOTA BHARU- Syarikat Takaful Kifalah Sdn Bhd akan menjelaskan tunggakan manfaat hampir sejumlah RM4 juta kepada penerimanya bagi membolehkannya dinikmati wasi atau keluarga peserta terlibat. 
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tunggakan berkenaan akan diselesaikan selewat-lewatnya pertengahan Jun nanti.



“Sejak Takaful Kifalah diperkenalkan pada Februari 2001, seramai 110,000 ahli daripada 80 peratus rakyat Kelantan yang terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun ke atas menyertai takaful ini.


“Daripada jumlah ahli berkenaan, sebanyak RM3.8 juta pembayaran perlu dilakukan dan setakat ini, sejumlah RM18,655 manfaat diberikan kepada wasi atau keluarga peserta,” katanya selepas Majlis Pelancaran Skim Takaful dan Perlindungan Kesihatan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) serta Pelancaran Laman Web Rasmi Kifalah, di sini.


Dalam majlis itu, balu kepada wasi skim takaful Kifalah, Yuwareeyah Bakar menerima bayaran manfaat sebanyak RM40,000 setelah suaminya, Mohd Saufi Mat Saud, meninggal dunia akibat kanser saraf 1 Februari lalu.


Mohd Zaki berkata, mereka (wasi atau keluarga peserta) yang belum mendapat bayaran manfaat tersebut perlu bersabar memandangkan ia akan dijelaskan dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi.


Menurutnya, selain memberikan manfaat kepada wasi atau keluarga peserta, syarikat berkenaan juga akan mengendalikan lebih banyak program kebajikan.


“Usaha memperkasa Kifalah merupakan inisiatif yang baik dilakukan syarikat tersebut dan bukan bertumpu terhadap khairat kematian warga emas sahaja.


“Selepas ini, syarikat Kifalah akan turut sama bagi program dengan mana-mana jabatan bertujuan memperkembangkan skop kepada kebajikan lain,” katanya.


Kata beliau, skop syarikat skim takaful itu bukan bertumpu kepada PMBK sahaja, tetapi ia boleh diperluaskan kepada parti terutama kepada penghulu dan pegawai halaqat yang juga perlu diberi perlindungan.


Katanya, penyertaan terhadap skim takaful berkenaan semakin meningkat memandangkan masyarakat hari ini semakin sedar mengenai perlindungan yang perlu mereka sertai.
 -Sinar Harian-

2 comments:

Addin said...

SALAM ZIARAH..DH LINKKAN..SYUKRAN..

MOBYDICK said...

Syukran..syukran,terimakasih buat Addin...

Search This Blog

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...