Pada suatu hari, Imam Malik bin Dinar sedang mahu menjamah makanan yang terdiri daripada hidangan daging. Namun belum pun sempat daging itu dicapainya, seekor kucing telah terlebih dahulu menyambar daging di dalam pinggan lalu membawanya lari.
Hairan dengan perlakuan kucing yang tidak memakan daging itu, lalu Imam Malik mengekori haiwan tersebut yang membawanya ke sebuah lubang di permukaan tanah. Sampai di situ, kucing tersebut meletakkan daging di mulutnya di tepi lubang tersebut. Beberapa
ketika kemudian, muncul seekor ular dari dalam lubang, bergerak-gerak tidak menentu sehingga sampai ke tempat daging lalu memakannya.
Subhanallah! Ternyata ular itu buta. Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah telah menetapkan rezeki ular buta itu melalui khidmat si kucing tadi. Ia adalah antara peristiwa luar biasa sebagai bukti kebesaran dan keagungan Allah SWT yang Maha Memberi Rezeki kepada makhlukNya.
Mungkin anda juga pernah membaca kisah seekor burung gagak yang mencuri roti seorang hamba Allah dan menyuapkannya ke mulut seorang lelaki yang sedang terikat kaki dan tangan di satu kawasan yang tersembunyi dari laluan manusia. Lelaki ini asalnya adalah pedagang yang telah dirompak dan ditinggalkan supaya mati kebuluran. Allah SWT telah menyelamatkannya daripada kebuluran melalui khidmat si burung gagak sehingga akhirnya dia diselamatkan oleh hamba Allah yang dicuri rotinya tadi.
Ini berkenaan cara rezeki yang luar biasa datangnya dan tidak disangka-sangka. Rezeki yang sudah ditetapkan untuk seseorang juga tidak akan dapat ditolaknya.
Saya teringat kisah seorang hamba Allah yang mahu menguji tentang hakikat rezeki yang sudah ditetapkan oleh Allah untuk sekelian makhlukNya. Hamba Allah ini pun keluar bermusafir dan duduk mendiamkan diri di satu kawasan yang sunyi dan tidak pernah dikunjungi manusia lalu duduk berzikir. Tidak berapa lama kemudian, tiba-tiba lalu satu kafilah dan telah ternampak lelaki yang duduk bersendirian ini. Ketua kafilah dan orang-orangnya cuba mengajak lelaki itu berbicara tetapi tidak disahutnya. Orang-orang itu mula mengandaikan dia sedang sakit lalu menyuakan makanan, namun tidak dijamahnya. Akhirnya setelah berbagai usaha mereka untuk membuatkan lelaki itu bercakap tidak berjaya, mereka mencuba membuka mulutnya untuk menyuapkan makanan, dengan andaian dia terlalu sakit sehingga terlalu lemah untuk membuka mulut dan bersuara. Melihatkan kesungguhan kumpulan manusia yang terlalu prihatin dengan keadaannya itu, sang lelaki yang mahu mencari bukti kebesaran Allah tidak mampu menahan dirinya daripada tertawa lalu menjelaskan keadaan dirinya yang sebenar.
Ternyata rezeki setiap makhluk telah siap di dalam senarai Allah SWT dan Dia tidak pernah cuai menguruskan makhlukNya. Dek kerana itu, sekiranya tidak ada rezeki, pinggan hidangan di depan sila pun boleh tertolak dari capaian tangan kita. Sebaliknya, kalau sudah direzekikan buat kita oleh Allah, walau bagaimana aneh jalannya, akan sampai juga kepada kita. InsyaAllah.
Dan sebaik-baik rezeki adalah rezeki iman di hati, pancaran hidayah dan taufikNya serta taqwa. Inilah rezeki yang berpanjangan tidak berkesudahan 'mengenyangkan' roh manusia di sepanjang perjalanan hidup. Alangkah sedih dan ruginya andai hati sepi dari mengingati Allah, sehingga jiwa menjadi kosong dan terus mencari hiburan sementara yang melalaikan. Dengan hati yang lalai, mudahlah musuh utama manusia iaitu syaitan menghasut dan menganggu fikiran sehingga terus menerus leka dengan keduniaan yang sementara. Timbullah perlakuan yang tidak mendapat pimpinan Allah. Jadi ingatlah apabila lupa kepadaNya, Dia pun akan melupakan kita.
Semoga kita semua termasuk umat akhir zaman yang berbahagia di dunia dan di akhirat. Walaupun jalannya sangat sukar, sehingga mungkin terpaksa merangkak di atas salji untuk mendatangi kebenaran. Di ketika waktu berputar semakin laju dan Islam kembali menjadi sangat asing. Dan orang-orang berbuat kebaikan hanya untuk berbangga-bangga, menyimpan mushaf di rak yang berdebu dan terpesona dengan urusan dunia.
Ya Allah, terimalah solat kami dan berilah kami nikmat kusyuk dalam solat. Selamatkanlah kami daripada fitnah akhir zaman. Jadikanlah kami orang-orang yang sabar demi keredaanMu. Sembunyikanlah keaiban kami dan ampunilah segala dosa-dosa kami. Pimpinlah kami dan janganlah biarkan kami. Hanya kepadaMu tempat kami mengadu dan berserah diri, tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
• Menangislah kerna tangisan itu mengingatkan kita kepada dosa-dosa yang dilakukan.
• Bersabarlah di atas musibah, mungkin ia kifarah dosa.
• Anak-anak adalah cahaya mata, penyejuk hati penghibur jiwa. Pimpinlah anak-anak supaya menjadi
Mukmin sejati, bukan Nasrani atau Yahudi atau Majusi.
Moral: Haiwan pun mengenal perasaan belas kasihan apatah kita manusia diberi akal dan fikiran sering bertelagah,bunuh-membunuh mencabul hak orang lain...ingatlah balasan yang menanti diatas perbuatan baik atau jahat tak akan terkecuali walau seorang diantara kita....
SUMBER DARI BLOG NAQHUHINES JOURNAL

No comments:
Post a Comment