Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday, 9 February 2012

SYED ALI-NFC BOLEH JADI BEBAN PADA UMNO

KUALA LUMPUR - Isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) perlu diselesaikan sebelum pilihan raya akan datang bagi mengelak ia menjadi beban kepada Umno, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Al Habshee.

Beliau berkata sekiranya isu itu gagal diselesaikan, ia boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita tidak mahu kecemerlangan kepimpinan Datuk Seri Najib menjadi cacat disebabkan oleh isu NFC. Rakyat sedang memerhati sejauh mana ketegasan dan ketelusan pihak berkuasa menangani isu tersebut," katanya dalam entri terbaru Umnocheras.blogspot.com.

Syed Ali berkata pembangkang ghairah membongkar pembelian aset mewah yang dikaitkan dengan pengerusi NFC Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail, yang juga suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan jika dakwaan itu tidak dinafikan oleh pihak terbabit (keluarga Shahrizat) ia boleh menimbulkan persepsi yang dakwaan itu benar.
    
"Jika semua dakwaan pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat itu fitnah, saya minta pihak berkenaan menafikannya secara terbuka beserta bukti atau fakta yang tepat bagi meyakinkan rakyat," katanya.

Beliau berkata rakyat mahu kepada penjelasan yang sahih berhubung isu berkenaan yang turut mendapat perhatian media asing.

"Keluarga Shahrizat tidak perlu berasa takut atau cemas jika terbukti mereka tidak terbabit dalam sebarang bentuk penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa berkaitan isu NFC," kata Syed Ali. - Bernama(SH)

No comments:

Search This Blog

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...