Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 17 February 2012

LAMAN SOSIAL GALAK MURTAD

KUALA LUMPUR: Biadab. Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (fb) bagi meraih sokongan masyarakat.


bukti...laman sosial FB yang menyokong murtad....

Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.
Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.

Pemerhatian wartawan Harian Metro ke atas fb berkenaan sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw.HM

No comments:

Search This Blog

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...