Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday, 7 February 2012

MISTERI PENEMUAN 1.3 JUTA BATH WANG KOYAK TERUNGKAI SUDAH...

Suatu berita yang heboh diperkatakan didada-dada akhbar Thai baru-baru ini ialah tentang penemuan 1.3 juta bath wang koyak kini telah berjaya diselesaikan.Satu sidang akhbar telah dibuat oleh pihak polis Chonburi yang diketuai oleh Leftenan Jeneral polis Panya,pesuruhjaya 2 polis wilayah yang berkata wang tersebut telah dimusnahkan oleh seorang lelaki berumur 30 tahun yang kecewa kerana menjadi mangsa pilih kasih bapanya,menurut lelaki tersebut bapanya hanya memberi wang kepada dua saudaranya untuk membuka sebuah kedai emas.Bapanya bernama Khun Worapong yang berumur 60 tahun.


Salah seorang dari saudaranya telah membuka kedai emas di Pattaya,seorang lagi Khun Worapan di daerah Chonburi.Beliau telah mengambil 1.3 juta bath hasil dari jualan emas selama 2 tahun tanpa pengetahuan bapanya.Dia berbuat demikian kerana kononya bapanya lebih menyukai 2 saudaranya yang lain,lalu ia mengambil keputusan untuk mengoyak kesemua wang tersebut dan meletakkan kedalam tong sampah berdekatan.
Pihak polis telah menyoal lelaki tersebut dan dia telah mengakui yang wang itu adalah miliknya,dia telah datang kebalai polis bersama bapanya.Satu berita baik pihak bank(Kasikkornbank) telah bersetuju untuk menerima wang tersebut dan mengantikan dengan yang baru dengan alasan nombor siri wang tersebut boleh di padankan.source

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...