Hari ini lebih kurang jam 10 pagi aku ketapak kompleks pasarkota jembal,dengar cerita ada majlis penyerahan petak kedai kepada bekas peniaga tapak lama pasar kedai lalat atau nama barunya kota jembal.Sebelum pada ini aku dapat maklumat cara pembahagian petak kedai tersebut dengan cara cabutan(tak pasti betul atau tidak) tapi hari ini lain caranya.
Seorang demi seorang telah dipanggil nama oleh beberapa kaki tangan dari Majlis Penbandaran Kota Bharu.Nama dipanggil mengikut kategori atau jenis jualan,seperti penjual sayur,ikan atau daging dan pakaian.
Sesuatu kejutan telah berlaku bila ramai dikalangan peniaga yang lama tak ada nama atau tersenarai,yang ada nama dikalangan peniaga baru,dalam hati aku berkata,kenapa pula jadi macamni,yang lama berniaga tak tersenarai,yang baru ada pula....so... tak dapat aku nak jawab dimana silapnya.
Rata-rata yang aku temui merasa dan bimbang kat manalah mereka nak berniaga untuk menyara keluarga.Soal pembahagian tapak atau petak kedai aku kurang setuju,sebab apa bila cara sedemikian dibuat,yang dapat kat bahagian depan ok la,bagaimana yang dapat dibahagian belakang maka akan timbul la soal kroni ke apa ke.
Sepatutnya diadakan cabutan atau undian,seorang wakil dipanggil untuk mencabut beberapa nama,dan berdasarkan nombor yang terdapat pada kertas itulah yang diambil kira,tapi setakat masa ini kita tunggu dan lihat bagaimanakah situasi ini deselesaikan...gambar akan dimasukkan didalam entry besok...
jangan cacatkan keindahan senibinanya dengan isu dan rasa tak puas hati...

No comments:
Post a Comment