Hai macam-macam ada sekarang,nak buat ibadat pun kena main belakang,maksudnya ikut cara belakang(rasuah la tu),apa benda la ni punya kejadian nak buat benda baik awal-awal kena buat benda haram,apa kejadahnya.
Sekarang nak pergi ketanah suci memang susah,daftar hari ini 10 tahun lagi belum tentu dapat,oleh sebab itu kalau kau kenal "orang dalam" mosti sonang dan copat dapet poi haji,,idok gitu,langkah bondol la tu,tapi kono main jolok-jolok la dulu...ini orang cakap HAJI EXPRESS....
Sekarang nak pergi ketanah suci memang susah,daftar hari ini 10 tahun lagi belum tentu dapat,oleh sebab itu kalau kau kenal "orang dalam" mosti sonang dan copat dapet poi haji,,idok gitu,langkah bondol la tu,tapi kono main jolok-jolok la dulu...ini orang cakap HAJI EXPRESS....
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan beberapa pegawai dan kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) yang disyaki terlibat dalam sindiket 'haji ekspres' sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia .
Menurutnya, siasatan dijalankan hasil susulan laporan yang diterima pihak berkuasa tentang tuduhan meminta suapan bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadat itu lebih awal daripada dijadualkan.
Menurutnya, siasatan dijalankan hasil susulan laporan yang diterima pihak berkuasa tentang tuduhan meminta suapan bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadat itu lebih awal daripada dijadualkan.
"Kita perlu beri peluang kepada semua individu terbabit untuk pertahankan diri daripada tuduhan ke atas mereka," katanya kepadaMingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas laporan eksklusif Utusan Malaysia berhubung sindiket melibatkan beberapa pegawai dan kakitangan TH yang dipercayai beroperasi sejak 2009 dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran untuk menunaikan ibadat haji.
Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat TH, Anis Zuhani Ahmad berkata, agensinya mengambil tindakan dalaman terhadap pegawai yang disyaki terlibat dalam sindiket 'haji ekspres'.
HAJI EXPRESS ADALAH HARAM
Persoalan yang sering timbul difikiran saya akhirnya terjawab, saya selalu terfikir apahukumnya mereka yang pergi menunaikan haji ke Makkah menggunakan "kabel" atau orang dalam. Sebagai mana yang kita tahu semua umat islam bercita-cita menunaikan haji, dan bagi negara kita kuota tersebut diuruskan oleh pihak berwajib, tetapi mengapa ada juga kedengaran ada yang mampu pergi terlebih dahulu tanpa menunggu lama.
Nak menunaikan haji, nak buat ibadat pun sanggup kita mengetepikan hak orang lain agar kita dapat kesana terlebih dahulu dan tanpa melalui giliran sebenar, jadi apa hukumnya?
Hukum mendapatkan perkhidmatan sindiket 'haji ekspres' adalah haram di sisi agama kerana melibatkan pemberian rasuah serta merampas hak orang lain yang menunggu giliran untuk menunaikan ibadat tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, peserta haji dan mereka yang bersubahat dalam perbuatan itu menanggung dosa kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
"Perbuatan ini haram kerana ada pihak memberi dan menerima secara rasuah. Ia juga merampas hak dan peluang orang lain.
"Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sistem haji di negara ini mengikut giliran siapa dulu mendaftar dan memohon," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment