Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 13 February 2012

SIDI PUNYA HAL

KUALA LUMPUR: Hanya kerana menyuruh suami memulangkan cakera padat (CD) lagu milik abangnya, seorang wanita teruk dibelasah ketika pasangan itu menaiki kereta untuk pulang ke rumah mereka di Cheras, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 20 tahun bertanya kenapa suaminya tidak pulangkan CD itu walaupun mereka menghadiri majlis hari jadi di rumah abangnya di Sentul.

Suaminya yang berusia 20-an itu tidak mempedulikannya pertanyaan isterinya, namun wanita terbabit yang mendesak menyebabkan mangsa naik angin dan memarahinya.
Menurut sumber, lelaki terbabit memberitahu CD yang dipinjamnya rosak dan dia akan menggantikan semula, namun mangsa masih tidak berpuas hati menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Si suami yang gagal mengawal kemarahannya memukul kepala mangsa dengan tangan beberapa kali sebelum menyuruh mangsa turun dari kereta,” katanya.(HM)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...