2 cedera ditetak dan ditembak, rumah dibakar
17 Februari 2012
Makin hari makin ganas manusia hari ini,mereka sanggup melakukan perkara yang tak terduga oleh akal,bakar,tembak malah sanggup membunuh,ambo petik satu berita dalam akbar sinar harian...
PASIR PUTEH - Berang akibat enggan keluar ketika dipanggil keluar dari rumah, 10 lelaki yang tidak dikenali nekad membakar sebuah kereta kelisa milik penghuni rumah terbabit dalam satu kejadian di Kampung Che Arus Dalam, Kok Lanas, awal pagi tadi.
Api kereta menyambar rumah terbabit lalu menyebabkan penghuninya, seramai lima orang, lari keluar dari rumah.
Sewaktu berada di luar rumah, berlaku pergaduhan antara penghuni rumah dan penyerang-penyerang terbabit sehingga menyebabkan dua mangsa ditetak dan ditembak.
Mangsa, Mohd Azreen Mohd Zain, 23, berkata, semasa kejadian, dia sedang tidur lena di rumah sepupunya sebelum dikejutkan dengan kehadiran 10 lelaki.
Lima penghuni rumah itu terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan termasuk seorang bayi berusia enam bulan.
"Mereka menaiki dua kereta dan saya memang tidak mengenali mereka," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Hospital Tengku Anis di sini, pagi tadi.
Mohd Azreen yang berasal dari Kampung Slow Machang, Pasir Mas cedera parah di bahagian tangan kanan kerana ditetak manakala kaki kanannya ditembak, ditemui masih berada dalam keadaan trauma dan sukar berkata-kata.
Dia yang baru dua minggu tinggal di rumah tersebut dikatakan mengambil upah menjaga kambing milik sepupunya itu.
Seorang lagi mangsa, iaitu rakan kepada Mohd Azreen, Mohd Raihan Mohd Razali, 25, berasal dari Kampung Kubang Gatal turut mengalami cedera parah apabila ditetak dan ditembak dibahagian badannya.

No comments:
Post a Comment