Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 6 February 2012

PERUT HABIS DIMAKAN ULAT

“BUKAN sekali dua kami menguruskan jenazah uzur. Sudah banyak kes. Biasanya mayat telah busuk, ada juga yang reput.
“Pernah juga kami uruskan mayat yang tinggal kulit dan tulang sahaja. Itu resam kerja pengurus jenazah seperti kami,” ujar Mohd. Yusni Ismail.
Selaku Ketua Pegawai Eksekutif Darul Jenazah, sebuah syarikat penyedia khidmat pengurusan lengkap jenazah, Yusni mengakui tidak banyak pihak yang sanggup menguruskan jenazah yang uzur.

“Jenazah uzur ialah jenazah yang tidak meninggal dunia dalam keadaan normal. Contohnya, mangsa mati akibat kemalangan jalan raya, lemas, terbakar, terlibat dalam kes jenayah seperti bunuh atau bunuh diri.
“Individu yang meninggal dunia dengan cara normal tetapi sudah busuk, berulat dan mereput juga tergolong dalam kategori yang sama.
“Mungkin keadaan mayat yang lama, tidak sempurna atau berada dalam keadaan mengerikan, jadi tidak ramai yang sanggup untuk menguruskan jenazah uzur,” ujar Yusni.
Menurutnya lagi, pengurusan jenazah uzur sama seperti jenazah biasa tetapi perlu lebih berhati-hati.
Daging tertanggal
“Cara memandikan mayat yang lama dengan mayat yang baru meninggal dunia sama sahaja, cuma perlu lebih teliti. Ini kerana jenazah perlu dipastikan benar-benar bersih dan suci daripada sebarang najis dan kekotoran sebelum boleh dikafan dan dikebumikan.
“Keadaan jenazah juga diambil kira kerana dalam kes jenazah uzur, kebanyakan daging mula mereput.
“Kami tidak boleh terus menjirus air ke atas jenazah, dikhuatiri tekanan air menyebabkan daging tertanggal. Jadi air itu hanya dilalukan di atas tapak tangan tukang mandi.
“Air yang keluar dari celah jari sajalah yang akan membersihkan jenazah dan syarat utama memandikan jenazah ialah meratakan air,” katanya.
Yusni dan rakannya, Nasharuddin Hassan selaku Pengurus Besar Operasi di Darul Jenazah sering dipanggil dan dirujuk oleh pihak hospital, jabatan agama Islam mahupun waris untuk menguruskan jenazah uzur.
Walaupun Darul Jenazah secara rasminya baru beroperasi tiga tahun lalu, dua sahabat ini sudah berbelas tahun mengutip pengalaman dalam bidang ini.
“Dalam kes kematian di luar hospital sebegini yang mana si mati meninggal dunia tanpa ada saksi, kes akan dirujuk terlebih dahulu kepada pihak polis.
“Mayat kemudian dibawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. Adakah si mati meninggal dunia disebabkan penyakit atau menjadi mangsa jenayah.



BAGI kes kematian di luar hospital khususnya yang melibatkan kemalangan atau meninggal dunia tanpa saksi, prosedur bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.



Plastik
“Dalam kes sebegini, kami tidak boleh mendahului walaupun ada tuntutan daripada pihak waris untuk menyegerakan pengkebumian.
“Ini kerana kami akan dianggap bersubahat dengan penjenayah dan cuba melupuskan bahan bukti seperti cap jari dengan cara memandikan mayat tersebut,” jelas Yusni.
Tambah Nasharuddin pula, apabila ada kes mayat yang telah lama meninggal tetapi baru ditemui, pihaknya akan menguruskan jenazah di hospital.
“Sebaik sahaja pihak hospital selesai menjalankan prosedur pemeriksaan ke atas mayat, baru jenazah diserahkan kepada kami.
“Boleh dikatakan hampir semua kes jenazah uzur disempurnakan di hospital. Belum pernah lagi saya jumpa ada waris yang hendak uruskan sendiri di rumah.
“Lagipun, selain bau mayat yang kuat, mayat yang baru dibedah siasat akan mempunyai bekas jahitan yang masih berdarah.
“Disebabkan itu, lebih baik ia disempurnakan di hospital. Selain tidak membebankan waris, ia juga dapat menutup aib si mati,” kata Nasharuddin.
Tatkala diminta berkongsi pengalaman menguruskan jenazah uzur, kedua-dua pengurus jenazah profesional ini tidak keberatan untuk bercerita.
“Jangan salah sangka, cerita ini bukan untuk mengaibkan si mati, ia cuma perkongsian ilmu.
“Tidak lama dahulu, saya dan beberapa orang rakan dipanggil untuk menguruskan mayat seorang kerabat diraja.
“Menurut laporan bedah siasat daripada pakar forensik, jenazah telah meninggal dunia lebih kurang 12 hari akibat serangan jantung.
“Keadaan jenazah yang uzur cukup menyayat hati. Sudahlah ketika rohnya ditarik dia sendirian, sampaikan mayatnya busuk dan mereput pun tiada siapa yang tahu.
“Ketika diserahkan kepada kami, batang tubuhnya masih dihurung ulat berengga. Perutnya sudah tiada. Pastinya telah pecah dan habis dimakan oleh tikus dan ulat.
“Begitu juga dengan biji matanya. Kedua-duanya sudah tiada lagi.
“Apabila ingin memulakan urusan jenazah, saya lihat tiada apa lagi yang tinggal padanya kecuali kulit dan sedikit cebisan daging pada tulang,” cerita Yusni.
Tambahnya lagi, dalam keadaan mayat sebegini, baunya memang kuat malah boleh dihidu dari jarak di antara 300 hingga 500 meter.
“Seperti yang diterangkan pada awal tadi, untuk kes jenazah uzur, kami akan memandikan jenazah sama seperti jenazah yang normal tetapi perlu lebih teliti.
“Penggunaan serbuk cendana, air mawar, kapur barus, sabun, minyak atar, celak dan kain kapan juga sama seperti jenazah biasa.
“Cuma untuk jenazah uzur, mayat akan dibalut dengan plastik lut sinar terlebih dahulu sebelum dikafankan bagi mengelakkan cairan seperti darah daripada terkena kain kafan,” jelas Yusni lagi.(HK)

No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...