Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 3 February 2012

DAUN KETUM UNTUK LEMBU


SERI ISKANDAR: Helah seorang lelaki yang mendakwa konon daun ketum dalam plastik dibawanya untuk diberikan kepada lembu ternakan gagal memperdaya polis apabila ditahan, semalam.
Suspek berusia 57 tahun itu mendakwa konon daun ketum itu makanan berkhasiat untuk tumbesaran lembu ternakannya selain menggalakkan pembiakan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, suspek yang didesak akhirnya mengaku mahu menjual daun ketum itu kepada peraih tempatan dengan harga RM20 sekilogram.
“Suspek sebelum itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah yang melakukan Ops Tapis di sekitar Kampung Sungai Jejawi.

“Serbuan di rumah suspek dipercayai turut menyimpan daun ketum dalam stor sebelum menjualnya kepada peraih atau individu yang akan memprosesnya menjadi air khayal,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati plastik berisi daun ketum seberat 71 kilogram ditemui disembunyikan dalam kereta miliknya iaitu dua di bahagian tempat duduk depan manakala tiga plastik lagi dalam but.

“Ketika serbuan, seorang lelaki berusia 26 tahun juga didapati singgah di rumah suspek untuk menghantar satu bungkusan plastik daun ketum seberat 10 kilogram.

“Polis percaya lelaki terbabit cuba menjual daun ketum itu kepada suspek yang bertindak sebagai ‘orang tengah’. Daun ketum itu kemudian dijual kepada individu dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang serta beberapa lokasi lain,” katanya.

Katanya, suspek mengaku memperoleh daun ketum itu daripada 40 pokok ditanamnya di belakang rumah selain dibeli daripada penduduk berhampiran.

“Ujian air kencing suspek juga mendapati dia positif dadah jenis ganja. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3), Akta Racun 1952 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.


No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...