Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday, 23 February 2012

"HANTU TEMPATAN DI ANAK TIRI KAN"

‘Saya rasa filem seram dan hantu tempatan dianiaya'

22 Februari 2012

KUALA LUMPUR - Industri filem seram dan hantu di negara ini seperti dianiaya dan sentiasa dipersalahkan jika timbul sebarang isu negatif dalam masyarakat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Production Sdn Bhd (MIG) David Teo.

"Sebelum perkembangan pesat industri filem seram dan hantu tempatan, Malaysia terlebih dahulu dilambakkan dengan filem seram dan hantu dari Jepun, Korea, Thailand serta dari Barat (Hollywood).

"Kenapa tidak dipertikai filem itu sebagai punca masalah dalam masyarakat?Saya merasakan seolah-olah filem seram dan hantu tempatan dianiaya dan sentiasa menerima komen buruk (negatif)," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Produksi filem MIG milik Teo, adalah antara produksi filem yang aktif menerbitkan filem berunsur seram dan hantu. Antara filem yang dikeluarkan dan mencapai kutipan pecah panggung ialah 'Ngangkung' dan 'Jangan Pandang Belakang'.

Teo berkata jika tidak ada filem seram dan hantu dikeluarkan produksi tempatan sekalipun, penonton tetap akan menonton filem seram dan hantu luar negara yang memasuki pasaran Malaysia.    
    
Semalam, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam kenyataan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kelima menyifatkan filem atau drama tempatan berunsur seram dan hantu memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun.

Mesyuarat itu juga mencadangkan supaya kerajaan bertindak tegas bagi memastikan filem atau drama tempatan berunsur seram dan hantu tidak lagi memaparkan jalan cerita yang mempersendakan Islam.

Teo yang disifatkan antara penerbit filem yang aktif dalam industri perfileman negara, turut berharap tidak ada pihak yang menuding jari menyalahkan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun.

Teo turut menolak dakwaan bahawa filem dan drama seumpama itu mempersendakan Islam dan berkata filem atau drama seram dihasilkan mengikut acuan sesebuah negara.

"Jika dilihat kembali ada juga filem seram dan hantu daripada Jepun, Korea  atau Thailand yang memaparkan unsur-unsur Buddhism dalam filem mereka manakala filem dari Barat turut memaparkan unsur-unsur Kristian," katanya.- Bernama

No comments:

Search This Blog

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...