Pernakah anda terjumpa atau menemui orang yang mencium dirinya sendiri,jika tak pernah biar aku ceritakan.Hari ni ialah hari khamis dan yang pasti semua orang tahu,tapi ada peristiwa yang berlaku pada hari ini.Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang baru lepas menduduki peperiksaan UPSR maka hari inilah penentunya.Keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan,ada yang sebak kerana anaknya berjaya mendapat 5A,tak kurang juga yang melalak dan frust menonggeng kerana harapan yang diberikan kepada anaknya hancor berkocai-kocai.
Anak aku bersekolah di Sek.Kota Jembal(kedai Lalat,Kelantan),sekolah ini telah mencapai keputusan yang baik bagi UPSR 2011,bilangan murid yang mendapat 5A ialah seramai 34 orang,4A,1B seramai 15 orang.Bilangan yang lulus dalam semua subjek seramai 100 orang lebih,manakala peratusannya pula ialah 80.4 peratus,ini kejayaan yang membanggakan setakat ini.
Memang sifat manusia suka menyanjung pada yang berjaya.Satu sifat yang terkeji pada seorang bapa yang suka menonjolkan pepandaian anaknya.Ini pepatah yang aku panggil "mencium diri sendiri",belum sempat aku bertanya dia dah mnceritakan perihal kejayaan anaknya."Baru balik dari sekolah ambil keputusan UPSR,nasib baik dapat 4A,1B,kerana anak yang ni pemalas dan suka tidur",aku diam dan tak berkata apa-apa.Inilah sifat yang terkeji yang aku selalu berdoa agar dijauhi.Inilah sifat menunjuk-nunjuk atau bangga diri,dan hari ini Allah telah memberi ujian pada seorang hambanya,tapi manusia ini gagal menahan perasaan riak di hatinya...lalu terbukalah keiabannya....Nauzubillah...
ini adalah impian setiap manusia yang hidup,kejayaan...tapi jangan terlalu menunjuk
Aku pun ada juga anak yang baru lepas menduduki peperiksaan UPSR,aku pun dah dapat keputusannya.Syukur Alhamdulillah anak aku masih jadi manusia walaupun mendapat keputusan UPSR(1A,1B dan 3C).Aku tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi terhadap anakku.Bukan bermakna aku tidak megambil tahu hal pelajarannya,bagi aku setakat mana yang dia mampu itulah kemampuannya.Anak aku bersekolah di Sek.Kota Jembal(kedai Lalat,Kelantan),sekolah ini telah mencapai keputusan yang baik bagi UPSR 2011,bilangan murid yang mendapat 5A ialah seramai 34 orang,4A,1B seramai 15 orang.Bilangan yang lulus dalam semua subjek seramai 100 orang lebih,manakala peratusannya pula ialah 80.4 peratus,ini kejayaan yang membanggakan setakat ini.
Memang sifat manusia suka menyanjung pada yang berjaya.Satu sifat yang terkeji pada seorang bapa yang suka menonjolkan pepandaian anaknya.Ini pepatah yang aku panggil "mencium diri sendiri",belum sempat aku bertanya dia dah mnceritakan perihal kejayaan anaknya."Baru balik dari sekolah ambil keputusan UPSR,nasib baik dapat 4A,1B,kerana anak yang ni pemalas dan suka tidur",aku diam dan tak berkata apa-apa.Inilah sifat yang terkeji yang aku selalu berdoa agar dijauhi.Inilah sifat menunjuk-nunjuk atau bangga diri,dan hari ini Allah telah memberi ujian pada seorang hambanya,tapi manusia ini gagal menahan perasaan riak di hatinya...lalu terbukalah keiabannya....Nauzubillah...
No comments:
Post a Comment