KUALA LUMPUR - PKR mendesak Menteri PemĀbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan dalam Kabinet dan Ketua Wanita Umno berikutan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC).
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, ini adalah soal tanggungjawab kerana ia membaĀbitkan wang rakyat berĀjumĀlah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada syarikat milik keluarganya.
āBeliau seharusnya meĀngutamakan kepentingan BariĀsan Nasional (BN) dan tindakan paling hormat adalah meletak jawatan, sama ada dalam Kabinet ataupun parti.
āIni bukan serangan peribadi, tetapi hak rakyat yang kami mempertikaikan kerana prestasi syarikat NFC tidak menepati sasaran,ā katanya.
Zuraida berkata, ramai lagi petani dan penternak memerlukan dana kerajaan berbanding syarikat tersebut.
Menurutnya, Shahrizat seharusnya memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan. Ini kerana beliau masih belum menjawab persoalan yang ditimbulkan.
Sebelum ini Shahrizat mendakwa tindakan pembangĀkang membangkitkan isu NFC merupakan serangan peribadi.
Menurutnya, ia adalah agenda politik pembangkang dalam cubaan untuk melemahkan semangat Wanita Umno, malah isu tersebut telah diberi penerangan oleh menteri berkaitan.SH

No comments:
Post a Comment