Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 28 November 2011

SIAPA KATA LULUSAN AGAMA TAK BOLEH BERJAYA


Sesetengah dari kita pada hari ini berfahaman agak kolot atau suka merendah diri kepada lulusan jurusan agama,maksud aku yang belajar di timur tengah dan kebanyakkan mereka ini dari sekolah aliran agama,seperti Maahad atau sekolah agama rakyat.Belajar ilmu agama jauh-jauh bukan semata-mata nak jadi imam,mufti atau tak pun peguam mahkamah syarie,kalau niat macam tu tak usah belajarlah aku nasihat kan,sebab jauh terpesong dari maksud sebenar menuntut ilmu.Ramai ibubapa hari ini memandang lekeh kepada pelajar yang menuntut dimesir(contoh),mereka menganggap belajar jurusan agama tak menjamin masa depan.
Aku pun nak tanya siapa yang menjamin masa depan anak-anak kita atau kita sendiri,adakah kita?kalau itulah jawabnya akidah kita telah lari jauh atau maksud yang paling tepat ialah terpesong.Semua sedia maklum siapakah yang mentadbir alam ini dan segala isi yang ada didalamnya....dia lah Allah.

Hari ini aku nak paparkan satu kisah kejayaan mereka yang berkelulusan aliran agama,kporang baca lah kisah ini...semoga boleh memberi munafaat dan membuka minda ibu-bapa hari ini.

Zakaria, Hazran selesa bekerja sendiri

PENGALAMAN dan kemahiran menjadi asas prinsip Zakaria menjalani kehidupan.


BUKAN sahaja Muhammad Zakaria Md. Nor, 25, tidak memiliki segulung ijazah, bahkan dia juga tidak mempunyai sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR). Tahap pendidikan lelaki bertubuh kurus dan sawo matang itu terhenti setakat di tingkatan dua.

Biarpun dibedil kata-kata yang kurang enak gara-gara tidak mempunyai kelulusan akademik seperti orang lain, Zakaria hanya memekakkan telinga. Dia mengajar dirinya supaya kebal pada kata-kata yang boleh menjatuhkan semangatnya dalam mengejar impian hidup.

Percaya dengan kata hati dan ketentuan Allah, anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka itu nekad ke Kuala Lumpur pada usia 14 tahun untuk mencari pekerjaan. Takdir menemukan dirinya dengan seorang sahabat yang membawanya bekerja di sebuah kilang motosikal berkuasa tinggi BMW. Dalam usia yang masih mentah, anak kelapan daripada sembilan beradik itu mengerah kudrat remajanya mempelajari selok-belok tugas sebagai mekanik kenderaan mewah itu.

"Tiga tahun saya bekerja di kilang tersebut dan banyak input saya dapat sepanjang tempoh itu. Berbekalkan kemahiran yang ada, saya kemudiannya bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel motosikal berkuasa tinggi di Kuchai Lama, Kuala Lumpur. "Di bengkel itu, saya mengasah kemahiran mekanikal ke atas motosikal berkuasa tinggi buatan Jepun pula. Saya juga belajar sendiri cara mereka menguruskan perniagaan tersebut," singkap Zakaria. Setelah hampir tujuh tahun menabur bakti di bengkel tersebut, Zakaria nekad melepaskan jawatannya hanya kerana dia gagal menyiapkan sebuah motosikal seorang pelanggan.

"Waktu itu majikan saya bertugas di luar kawasan, tetapi barangan dan peralatan untuk motosikal yang perlu diperbaiki itu tidak ada, jadi saya perlu tunggu dia pulang ke Kuala Lumpur
"Namun, apa yang mengejutkan, saya pula yang dimarahi dan diherdik seperti orang baru kerja. Selama ini saya tahan dan telan sahaja segala pahit maung bekerja dengan orang semata-mata semangat untuk belajar.
"Bagaimanapun, kejadian itu membuatkan saya sedar dan saya mengambil keputusan berhenti kerja," cerita Zakaria yang mendedahkan gajinya sebagai mekanik untuk tiga tahun pertama hanya RM600.
Jual kereta
Namun, Zakaria tidak menafikan tindakannya itu sedikit sebanyak membelenggu dirinya, kerana dia tidak tahu apa perlu dilakukan. Apatah lagi untuk bekerja di pejabat sudah tentu mustahil dengan kelulusannya yang tidak seberapa.

Ketika teraba-raba mencari arah tujuan, dia terlihat sebuah lot kedai untuk disewa di Bandar Tasik Selatan, Cheras, Kuala Lumpur. Tanpa berfikir panjang, Zakaria menghubungi pemilik premis tersebut untuk menyatakan hasratnya membuka bengkel motosikal berkuasa tinggi di situ.
Begitupun, memulakan bisnes tidak semudah yang disangka. Menyingkap detik awal merealisasikan hasratnya itu, Zakaria terpaksa menjual kereta, perabot dan segala barangan yang boleh menjadi modal buat perniagaan sulungnya itu. "Telefon bimbit pun saya jual bagi menampung pembelian mesin untuk bengkel dan untuk berurusan dengan pelanggan.

Untuk tujuan perhubungan, saya terpaksa menggunakan telefon awam. Biar apapun yang terjadi, ternyata tekad Zakaria sudah bulat untuk mengusahakan sendiri sebuah bengkel motosikal berkuasa tinggi. Nama Aboy Motorshop akhirnya dipilih menjadi pengenalan kepada perniagaannya itu. "Sebelum dapat merasai kesenangan atas kejayaan pada hari ini, banyak yang telah ditempuh. Saya pernah berlapar sepanjang hari dan mengalas perut dengan sebungkus roti yang saya simpan sampai waktu malam," imbas Zakaria.

Berkat pengalaman


Meskipun tidak mempunyai pengetahuan asas dalam bidang perniagaan, Zakaria tetap mahu membuktikan bahawa pengalaman dan kemahiran mampu memacu seseorang itu berjaya dalam bidang yang diminati.
Kini, setelah hampir setahun Aboy Motorshop dibuka, perkembangan positif dapat dilihat berdasarkan jumlah pelanggan yang kian meningkat dan kepuasan mereka terhadap servis yang ditawarkan Zakaria.
Para pelanggan Zakaria juga bukan calang-calang orang. Ramai pelanggannya terdiri daripada orang kenamaan dari serata negeri dan majoritinya merupakan pelanggan tetap.

Memilih prinsip meredah cabaran tanpa terlalu banyak berfikir, Zakaria kini mempunyai dua pekerja tetap dan dua lagi pekerja separuh masa yang terdiri daripada ahli keluarganya sendiri.

Dibuka setiap hari, bengkel Zakaria yang masih belum menjalani pengubahsuaian sejak dibuka mampu memuatkan 28 buah motosikal berkuasa tinggi pelbagai jenama.


Tubuh Konsultan
Jika Zakaria melunaskan tuntutan hijrahnya dengan cara begitu, berbeza pula dengan perjalanan yang ditempuhi seorang lagi lelaki muda yang kini merasakan sebahagian sasaran kehidupannya telah berjaya dicapai.

Pemenang tempat ketiga program Imam Muda musim pertama, Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 27, menyifatkan rancangan itu telah membuka jalan dan ruang yang luas bagi menggapai cita-citanya. Bermula dengan tawaran selaku hos rancangan Khabar Haji yang bersiaran di Astro Oasis tahun lalu, Hazran atau mesra disapa Aran kini mengorak langkah dengan menubuhkan syarikat konsultan yang dikongsi bersama dua sahabat baiknya.

Menggunakan nama Aran Management Consultancy (AMC), syarikat yang baru sahaja berusia sembilan bulan itu menyediakan perkhidmatan kaunseling dan motivasi buat pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Berbekalkan secebis pengalaman dan ilmu selama menuntut di Mesir untuk tempoh empat tahun, Aran selesa menyalurkan kemahirannya dengan menjadi pakar motivasi muda sama ada secara berkumpulan ataupun individu.
"Bagi saya menuntut ilmu tidak akan pernah habis dan bagi mereka yang mempunyai ilmu berguna, kongsilah ilmu tersebut dengan orang ramai agar kita sama-sama menerima faedah daripadanya," jelasnya yang kini sedang menyambung pengajiannya dalam peringkat Ijazah Sarjana al-Quran dan Sunnah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bergelar pelajar sepenuh masa, menguruskan perniagaan dan memenuhi undangan motivasi serentak membuatkan kehidupan Aran sentiasa diisi dengan aktiviti berfaedah dan semuanya dijalankan lelaki itu dengan penuh tanggungjawab.
Berhenti kerja

Sebelum memasuki program Imam Muda, Aran baru sahaja memulakan kerjayanya di Bank Islam. Sejurus selesai program tersebut, dia dipanggil kembali berkhidmat tetapi demi mengejar cita-citanya, Aran menolak tawaran tersebut.
"Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa saya akan berada pada kedudukan seperti ini sekarang dan jika tidak kerana Imam Muda, saya mungkin masih bekerja di tempat lama.
"Jika saya masih berkhidmat di bank, mungkin kehidupan saya tidak seimbang kerana pergaulan sedikit terbatas. Berbeza dengan apa yang saya alami hari ini kerana saya bebas membuat keputusan dan dalam masa yang sama melakukan apa yang saya cintai," ujar jejaka yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu.
Berhasrat menubuhkan sebuah pusat tahfiz sebelum menjangkau usia 40 tahun, Aran menyatakan bahawa semakin berjaya seseorang itu semakin banyak cabaran yang perlu didepani terutamanya yang melibatkan hal-hal material. Mengupas konsep hijrah anak muda, Aran lebih suka pendekatan dakwah terhadap golongan muda dilakukan menerusi laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter kerana ia selari dengan gaya hidup semasa golongan itu. "Untuk membimbing seseorang itu berhijrah ke arah kebaikan bukan mudah, jadi pendakwah dan ahli agama perlu bijak memilih pendekatan.

"Kita tidak boleh menggunakan cara ekstrem dan menghukum seseorang itu berdasarkan persepsi yang diciptakan oleh kita sendiri."Itulah masalahnya apabila terdapat sesetengah golongan cerdik pandai agama bersifat riak dan memilih cara dakwah yang dirasakan berkesan untuk semua orang," jujur pandangan yang dikongsi Aran yang bakal mendirikan rumah tangga Januari depan.HK

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...