Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 17 November 2011

TANAH KUBUR BUKAN UNTUK MENAKUTKAN...

Mendapat sambutan dan maklum balas yang memberangsangkan pada musim yang pertama lalu, drama bersiri Tanah Kubur meneruskan tayangannya untuk musim kedua mulai 4 November ini di Astro Oasis setiap hari Jumaat, pukul 7.30 malam. 

NASIR BILAL KHAN SEBAGAI TOK ADI
Masih mengekalkan peneraju utama, Nasir Bilal Khan sebagai Tok Adi, seorang penggali kubur yang mengalami pelbagai kisah sepanjang menjalankan tugasnya, drama ini juga akan menyiarkan beberapa kisah teladan pada musim kedua nanti.


Pengarahnya, Rashid Sibir mengakui dramaTanah Kubur ini dibuat sebenarnya bukan untuk menakutkan penonton, tetapi ia bertujuan memberi pengajaran pada orang ramai.


“Apa yang kami paparkan adalah kisah benar yang terjadi sama ada pada zaman Rasullullah ataupun seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, kami tidak berniat untuk menakut-nakutkan penonton, cuma yang kami harapkan ia memberi pengetahuan dan pengajaran pada orang ramai tentang dosa dan seksa mati.


“Orang sekarang  lebih takutkan dosa daripada Tuhan, jadi tidak salah jika kami siarkan cerita sebegini. Memandangkan sambutan untuk musim pertama begitu baik, dan menjadi pilihan penonton maka kami rasa ia perlu diteruskan,” jelas Rashid.
Menggali lebih kurang 13 buah liang lahat, jelas Rashid, mereka tidak mengalami masalah yang besar sewaktu menjayakan penggambaran drama ini.
“Alhamdulillah, tiada apa masalah sepanjang penggambaran ini dijalankan. Hanya kami bermasalah jika tanah yang digali itu mendap kerana sekarang ini musim hujan,” luah Rashid lagi.-MO

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...