Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday, 10 November 2011

TETAK KELUARGA KERANA HARTA

TELUK INTAN - Perebutan harta dipercayai menjadi punca sekumpulan 20 lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup menyerang dan mencederakan sebuah keluarga di Alfa Bernam, dekat sini, pada Ahad lalu.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10 malam dan mangsa sekeluarga sedang beristirahat sambil menonton televisyen ketika diserang.
Menurutnya, lapan daripada suspek menutup muka dengan menggunakan baju semasa menyerang enam mangsa terlibat yang berusia lingkungan 56 hingga 20an.


Suspek yang bersenjatakan parang, kayu dan besi telah menyerbu masuk serta menetak semua mangsa sebaik sahaja pintu rumah mereka dibuka menyebabkan dua mangsa mengalami kecederaan parah.


Serangan berkenaan turut menyebabkan dua lelaki dan dua wanita mengalami kecederaan ringan dan semua mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, di sini, semalam.


Kok Liang berkata, semasa kejadian, suspek turut bertindak menyamun barang kemas, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM5,000 membabit nilai keseluruhan hasil samun RM10,000.


Katanya, hasil maklumat daripada mangsa, polis telah berjaya menahan empat wanita berusia lingkungan 26 hingga 57 tahun pada hari yang sama, kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek.


Kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun dan mendatangkan kecederaan, dan polis kini sedang memburu seorang lelaki yang dikenali sebagai Saravanan, 30 untuk membantu siasa­tan,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Kok Liang memaklumkan, seorang lelaki warga Myanmar, dikenali sebagai Hla Khin, 35 ditemui dalam keadaan cedera parah akibat ditetak di Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang, dekat sini, kelmarin.


Menurutnya, mangsa masih hidup ketika ditemui rakan senegara pada jam kira-kira 12.05 pagi dan telah dihantar ke Klinik Hutan Melintang sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI).


Mangsa telah ditemui rakan senegaranya dalam keadaan terbaring di tempat kejadian dan telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di HTI.


Kita masih belum mengetahui motif kejadian ini dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat yang mana sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori,” katanya.-SH

No comments:

Search This Blog

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...