Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 11 November 2011

BANJIR DI BANGKOK BERLARUTAN..

BANGKOK - Menteri Tenaga Thailand, Pichai Naripthaphan, kelmarin menyatakan krisis banjir di Bangkok mungkin akan berlarutan untuk sebulan lagi selepas pihak berkuasa mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk di kawasan kejiranan di utara ibu negara itu berikutan paras banjir yang semakin tinggi di pusat bandar tersebut. Pichai berkata, walaupun banjir semakin buruk, ia dijangka akan surut menjelang pertengahan bulan ini.

Ancaman banjir di Bangkok didakwa telah berada pada tahap kritikal berikutan hampir keseluruhan bandar termasuk kawasan perindustrian, zon perniagaan, bangunan kementerian dan pengangkutan awam dilaporkan telah terjejas. Arahan berpindah telah diperluaskan di 12 daripada 50 daerah di sekitar Bangkok terutama di Klong Sam Wa. Bagaimanapun, kerajaan tidak mewajibkan kesemua penduduk mematuhi arahan itu berikutan masih ramai yang memilih untuk melindungi rumah dan perniagaan mereka. Semalam, kabinet memutuskan untuk menolak cadangan bagi mengisytiharkan lagi cuti umum pada minggu ini. Timbalan jurucakap kerajaan, Chalitrat Chan­tarubeksa berkata, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra khuatir tiada pegawai yang akan bersiap-sedia jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini jika cuti umum diluluskan. Namun, Yingluck menyatakan syarikat swasta boleh memberi cuti me­ngi­kut budi bicara ketua masing-masing.-SH

No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...