Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 25 November 2011

EMPAT MANGSA LEMAS DI KELANTAN

KOTA BHARU - Pasangan adik-beradik merupakan antara empat mangsa lemas akibat banjir dalam tiga kejadian berasingan di Bachok, Pasir Mas dan Rantau Panjang semalam.
Kejadian pertama melibatkan dua adik-beradik yang ditemui lemas selepas dihanyut arus deras ketika mandi bersama sepupu mereka di sebatang parit di Kampung Tualang Salak, Tawang, Bachok.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, mangsa Ahmad Fathi Roslan, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat lemas bersama adiknya Mohd. Arif Hakimi, 10, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat di sini.


Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat (Bomba) Bachok, Nordin Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 2.35 petang dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.52 petang. "Mayat Ahmad Fathi ditemui pada pukul 4.32 petang manakala adiknya, Mohd.


Arif Hakimi ditemui pada pukul 4.37 petang tidak jauh dari tempat mereka mandi. Sementara itu, seorang lagi mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi bersama seorang rakannya di sebatang tali air di Lemal, Pasir Mas semalam. Mangsa Muhammad Raihan Haslan, 15, yang merupakan pelajar tahfiz Madrasah Tahfiz Al-Rahmaniah Addiniah Lubuk Tapah, Pasir Mas dikhuatiri lemas manakala rakannya, Ali Amar, 14, sempat diselamatkan oleh penduduk kampung.


Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam, Muhammad Raihan telah pergi ke kawasan tali air itu bersama Ali dan seorang lagi rakan mereka Muhamad Rifki Yusof, 13. Muhamad Rifki yang tidak turun mandi bersama telah meminta pertolongan setelah mendapati dua rakannya lemas dan Ali berjaya diselamatkan penduduk kampung. Setakat pukul 8.30 malam semalam, anggota bomba dan penyelamat masih belum menemui mangsa.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...