Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday 14 November 2011

"BUAYA KERDIL AFRIKA"

Terdapat 23 jenis buaya didunia.Kita berangapan rupa bentuk reptilia ini sama,memang pada asasnya ia kelihatan sama.Berkepala besar,berkaki pendek dan seleranya  tak mengira,semua dibedalnya,sebab itulah ada yang memanggilnya "sang bedal".Buaya mempunyai berbagai spesies,setiap spesies mempunyai keunikan masing-masing.Kita selalu mendengar dan sering melihat buaya walaupun bukan secara live,buaya tembaga,buaya katak,buaya air masin dan sebagainya.


Tahukan anda ada sejenis buaya yang ditemui di Afrika,buaya kerdil begitulah namanya.Ia terdapat di sungai-sungai dan paya tropika Afrika.Saiz ukurannya sepanjang 1.5 meter(4.92 kaki) dan ia merupakan  buaya yang terpendek.Amat jarang saiznya mencecah sehingga 1.8 meter.Ia bersifat pemalu.Ia memakan bangkai,serangga dan katak.Ia tidak merbahaya kepada manusia,namun begitu bukan bermakna ia tidak agresif.Ia boleh menyerang manusia bila kediamannya diceroboh.
Habitatnya ialah dipaya-paya,tasik dan sungai yang aliran arusnya perlahan.Buaya yang dewasa berwarna gelap manakala yang belum dewasa berwarna perang.Muncungnya selalu ditegakkan keatas.Satu kelainan pada buaya ini ialah ia bukan sahaja berduri(sirip) dibahagian belakang tetapi ia juga terdapat didalam perut dan leher.Sirip tersebut dijadikan perisai dari ancaman musuh kerana saiznya yang agak kecil.

Pemangsa utama bagi kehidupan ini ialah harimau bintang.Biasanya ia suka berada di dalam lubang kecil di tepi sungai,ia biasanya keluar pada waktu malam,ini menyebabkan ia sukar untuk melihat musuh di sekeliling.
Ancaman yang paling utama ialah pemburu.Kerana kulitnya yang mahal menyebabkan ia sering di buru untuk
diambil kulit dan dagingnya.Tapi sekerdi-kerdil buaya ini bukan bermakna ia berifat kesian belas,dah namanya pun 'buaya'....awas!!!!...


No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...