Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday 5 November 2011

GRO DALAM RAK


Ini bukan kisah jerangkung dalam rak atau almari,tapi kisah biasa dibandar-bandar besar....ala kisah GRO,tapi kali ni gro dalam rak pula,kalau nak tahu teruskan membaca...
KUALA LUMPUR: Lima wanita berhimpit di dalam rak selama sejam semata-mata takut dicekup polis dalam serbuan di dua pusat hiburan di Taman Puchong Mesra, di sini, kelmarin.Bagaimanapun, tempat persembunyian itu dihidu sebelum mereka menyerah diri.

Operasi dilancarkan Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas mendapat maklumat dan kerjasama orang awam yang membongkar aktiviti pelacuran di pusat hiburan terkenal itu. Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu, seramai 55 wanita warga asing berusia 22 hingga 35 tahun dipercayai pelacur ditahan.
Siasatan awal terhadap 40 wanita warga China dan 15 warga Vietnam mendapati mereka menggunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar untuk memasuki negara ini.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mat Isa, berkata pusat hiburan itu pernah diserbu lebih tujuh kali sepanjang tahun ini, namun masih tidak serik dan terus beroperasi. “Semua wanita terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sebelum diserahkan ke Jabatan Imigresen,” katanya. Beliau berkata, tindakan turut akan diambil terhadap pemilik premis hiburan terbabit kerana menjalankan kegiatan haram.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...