Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 23 September 2011

TU DIA,PENJAHAT KAMPONG SEMAKIN BERANI

KUANTAN - Dua lelaki bersenjatakan parang bertindak menyamun motosikal milik seorang gadis dalam satu kejadian di sebuah kawasan perumahan dekat Jalan Sungai Lembing, dekat sini semalam.
Dalam kejadian 3 petang itu, gadis terbabit, 19, diacu sebilah parang di leher sebelum dua suspek terbabit melarikan motosikalnya dalam kejadian di kawasan perumahan Taman Impianku dekat Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing.

SESEKALI KENA MACAMNI BEST JUGA,TAPI INI BUKAN HUKUM ISLAM
Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, ketika kejadian pelajar terbabit menunggang motosikal bersama rakannya di kawasan berkenaan dan diekori suspek yang turut menaiki sebuah motosikal.


"Suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an, secara tiba-tiba menghimpit dan menghalang motosikal mangsa serta menyuruhnya berhenti.


"Suspek yang menyamar sebagai anggota polis itu kemudiannya meminta mangsa bekerjasama dengan suspek berhubung satu kes remaja lari dari rumah bagi membantu siasatan sebelum salah seorang daripada suspek merampas kunci motosikal mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Noor Asyikin berkata, sejurus kemudian rakan pembonceng suspek mengeluarkan sebilah parang lalu mengacukannya ke leher mangsa sebelum melarikan motosikal itu.
"Mangsa dan rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya. - Bernama

2 comments:

pak long said...

salam...
memang selalu jadi macam ni....baru ni kat tempat pak long pun jadik....rasa ngeri bila dibayangkan..

MOBYDICK said...

semakin menakutkan la Pak Long

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...