Kisah benar ini berlaku pada tahun 1970an,kisah seorang lelaki yang bernama Tok Daud,beliau adalah seorang guru silat dan pengamal perubatan melayu atau lebih dikenali sebagai tok bomoh bukan tok gomol.Beliau mempunyai ramai anak murid.Beliau sering diundang untuk mengubati pesakit hingga keseluruh pelusuk dan negeri.Tok Daud ni dengar ceritanya memang gagah dan amat ditakuti mungkin kerana ilmunya.
Kemasyhuran dan kepandaiannya membuatkan dia tak senang duduk,sekejap kesana,sekejap kemari,pendek kata memang glamour habis.Suatu hari dia telah diminta untuk mengubat orang sakit,tapi bukan kat Kelantan,kat negeri lain(malas nak sebut takut nanti ada orang sakit hati).Negeri tersebut terkenal dengan sikap
sombongnya,tapi bila bertemu kat Kelantan dia memang baik(pura-pura kot).Setelah selesai mengubat orang sakit maka dia minta diri untuk pulang.Memandangkan pada zaman itu kenderaan tak banyak macam sekarang,pada zaman itu kenderaan memang susah tak seperti sekarang,ada basikal pun dikira bernasib baik dan orang yang berada.
Setelah selesai mengubati orang sakit dia meminta diri untuk pulang,Tok Daud berjalan kaki untuk ke stesyen baik,dengan jarak yang agak jauh tak mungkin ia sempat ke stesyen bas,ia bercadang untuk menumpang kat mana-mana rumah yang berdekatan.Hari sudah beransur gelap,tiba-tiba ia terpandang pada sebuah rumah,lalu ia memberi salam dan menyatakan hasratnya,tuan rumah membenarkan ia tidur dibawah rumah sahaja,tapi dia tak kesah,janji dapat berteduh dan tidur buat seketika.
Dia cuba untuk melelapkan mata tapi tak mampu,kerana perutnya tak berisi sejak dari tengahari,ia mendengar begitu meriah tuan rumah sedang menjamu selera kat atas rumah tanpa mempelawanya,ia berkecil hati dan teingat pesan orang tuannya,orang negeri ini memang sombong.Ia mendapat satu idea,lalu ia
mengambil jambak daun rokok lalu dijampi menjadi kala jengking dan kala tersebut telah mengigit salah seorang dari anak gadis tuan rumah tersebut.Suasana menjadi tegang dan kecoh,bapa kepada anak gadis tersebut(tuan rumah) keluar untuk mencari dukun,beberapa ramai dukun yang datang tapi gagal untuk mengubati penyakit anak gadisnya.
Tok Daud pura-pura tidur,setelah agak lama barulah ia menawar diri untuk mengubati.Tuan rumah itu dengan angkuh mengejek Tok Daud,"mampukah engkau mengubati anak aku,sedangkan ramai dukun yang masyhur pun tak mampu"kata tuan rumah tersebut."Kita tengoklah nanti,tapi kalau sembuh kamu kena menyediakan aku sarapan".Setelah itu Tok Daud pun menjampi dan membuat air penawar untuk diminum oleh pesakit,dengan izin Allah maka penyakitnya pun sembuh.Setelah itu tuan rumah pun berbuat apa yang seperti yang dihajati oleh Tok Daun.Pada malam itu dapat juga tok daud melelapkan matanya bila perutnya tidak keroncong lagi.
Mesej:Layanilah setiap orang yang dalam kesusahan,raikan walaupun kita juga dalam kesusahan dan jangan
mengkhianati orang demi untuk mencapai hasrat kita...
Gambar pinjam dengan harian kosmo ...jangan marah hah...

No comments:
Post a Comment