Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday, 6 September 2011

LATAR ENAK,LITAR SENAK

Latar adalah singkatan dari latar belakang,latar belakang pula berkisar tentang perihal yang mendalam bagi suatu hal atau keperibadian seseorang.Latar itu indah bila bersangkutan atau berbicara tentang "penyanyi latar",penyanyi latar ni kiranya macam serbuk perasa atau ulam atau boleh juga disebut penambah sedap.
Litar itu amat menakutkan bila bersangkutan dengan batu litar atau dalam bahasa lain juga dipanggil petir(dalam bahasa kelantan disebut panah litar),tapi berbeza pula dengan litar atau circuit di digunakan oleh orang untuk perlumbaan kereta atau permotoran.Tugas penyanyi latar ni kiranya amat penting juga la rasanya,sebab apa di panggil penyanyi latar,mungkin kerana duduk di belakang agaknya,tapi bukan begitu sahaja penyanyi latar ni ialah orang yang memainkan peranan di sebalik tabir sebagai penyanyi dalam lagu filem atau disebut juga 'soundtrack' dan ntah apa-apa lagi lantak dia lah.
beginilah agaknya penyanyi latar....dalam bahasa omputih di sebut playback singer..kalau tak betul jangan marah...

MERDEKA!!!!!!!!!!
Malaysia sudah merdeka selama 54 tahun,wah! lama la kira tu tapi sayang banyak perkara atau amalan penjajah masih kita pakai di negara kita dan amat menyenakkan mata.Litar Sepang menjadi kebanggaan Malaysia dan penerajunya adalah Petronas(petrol Nasional) dan bila ada Nasional adalah menjadi milik kerajaan Malaysia,tapi amat malang Malaysia adalah sebuah negara islam tapi kiranya boleh menerima dalam hal-hal sebegini.Gadis litar atau penghias litar dan membuat pemandu dan penonton berputar-putar biji mata bila memandang,silap-silap boleh pitam.Apa lah malangnya dia orang ni ....senak mata memandang nya,kalau kat negara barat atau jepun tu taklah aku kisah...tapi kat Malaysia yang majoriti penduduknya adalah beragama islam.
Anak-anak negara merdeka...

dalam kelompok manusia ni ada yang se agama dengan aku...


Persoalan yang tiada penghujungnya,penyelesaian yang sering di nanti ntah bila menemui jalannya,apa la sangkutan gadis litar dengan perlumbaan,boleh laju ke kalau guna gadis litar,tak lain dan tak bukan kerana mengikut telunjuk orang barat dan melayu itu bertambah melarat dan berkarat,rasanya kalau tak ada gadis litar ni tak jadi hal punya...kita tengok ni...

Apa kaitan wanita & litar lumba?


Apakah peranan wanita sexy di litar lumba...??
Adakah mereka diperlukan untuk membaiki kenderaan...ataupun sekurang-kurangnye jadi seorang yang mengisi minyak/bahanapi kenderaan...ataupun seorang membersihkan jalan litar??

Itu semua bukan peranan sebenar wanita ini. Peranan mereka hanya tarikan nafsu lelaki untuk datang menonton perlumbaan di litar. 


Ini adalah konsep ideologi kapitalisme yang meletakkan tahap wanita sebagai simbol sex semata-mata. Mereka diperalatkan untuk mendapatkan untung. Kapitalisme sering mengabaikan wanita.Ideologi kapitalisme serta budaya gaya hidupnya, memandang wanita sepi dan tak guna. 

Inilah cara ideologi kapitalisme memandang wanita diseluruh dunia. Walaupun kononnya ia seolah menyalahkan Islam menganiaya wanita. Tapi sebenarnya mereka telah melakukannya seperti zaman jahiliyyah,iaitu ketika wanita dihinakan sebelum kedatangan seruan Rasulullah SAW....

SEDIH rasanya apabila melihat di dalam akhbar tempatan anak-anak gadis Melayu Islam bergambar di samping pelumba kereta atau pelumba motor di dalam litar lumba dengan pakaian yang menjolok mata.

Wanita dipandang tinggi oleh Islam kerana kejadiannya yang unik, cantik dan berguna untuk membentuk sesebuah masyarakat yang bahagia.

Wanita juga merupakan sayap kiri kepada kaum lelaki kerana mereka tidak akan dapat berdiri sendiri tanpa bantuan kaum wanita yang mungkin bergelar isteri, ibu, nenek, guru, jururawat, doktor, peniaga dan sebagainya.

Sekiranya wanita dalam sesebuah masyarakat dan negara rosak akhlaknya maka generasi di bawah didikannya akan lebih rosak lagi.

Oleh sebab itu, Islam menggariskan bahawa wanita perlu dijaga, dihormati dan ditatang sebaik-baik mungkin kerana sebarang kepincangan kepada wanita akan mengakibatkan kepincangan yang lebih besar kepada masyarakat dan negara.

Sebenarnya, tindakan menggunakan gadis-gadis Melayu Islam untuk menjadi pengiring atau pembawa payung kepada para pelumba di litar lumba jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Tindakan sedemikian seolah-olah merendahkan martabat kaum wanita yang disamakan seperti pengiring murahan.

Untuk melengkapkan penyertaan mereka di litar lumba, mereka diarahkan untuk memperagakan jenis-jenis pakaian yang menjolok mata yang bertentangan dengan Islam dan budaya Timur.


Sepatutnya pihak pengajur perlu bijak dalam penganjuran acara seperti ini kerana acara tersebut masih boleh berjalan lancar dengan keuntungan yang besar tanpa kehadiran gadis-gadis litar yang berpakaian menyakitkan mata.

Allah telah memuliakan kita dengan akal untuk berfikir. Oleh itu, fikirkanlah.

KERAJAAN KELANTAN PERNAH MENGANJURKAN CUP-PRIX TAPI TAKDER PUN
GADIS LITAR...

Kejuaraan Cub Prix AAM Petronas Sprinta Malaysia 2008, Tesco Lembah Sireh, Kota Bharu

Posted by Jabatan Amal Kelantan di 12 Jun 2008
Kota Bharu 7 – 8 Jun. – Kejohanan Cub Prix AAM Petronas Sprinta Malaysia pusingan 4 telah berlangsung di Tesco Lembah Sireh.
Jabatan Amal Kelantan telah menghantar seramai 50 orang Unit Amal untuk berkhidmat sebagai pegawai keselamatan bersama-sama dengan Rela, Bomba, PBSM dan lain-lain. Ust Zamri Mat Yusoff – Timbalan Pengarah Imengetuai Jabatan Amal Kelantan untuk bertugas di kejohanan tersebut.
Sementara itu Ust. Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi berkesempatan sama dengan Jabatan Amal Kelantan sebagai VIP.
Beliau berkata “Sebelum ini saya bukan sahaja tidak berkesempatan untuk menyaksikan kejuaraan sukan motosikal ini malah tidak “boleh” hadir ke litar kerana saya merasakan sangat tidak sesuai untuk berada di situ ekoran kawasan litar akan dihiasi oleh gadis litar yang tentunya berpakaian sangat menjolok mata.”
Tambah beliau lagi “Berbeza penganjuran Kejuaraan di pusingan 4 ini, apabila Kota Bharu Bandaraya Islam menjadi lokasinya. Gadis litar tidak dibenarkan dan gadis promoter yang bertugas di gerai atau kaunter masing-masing dikehendaki bertudung.”

SUMBER DARI JABATAN AMAL KELANTAN.WORDPRESS.COM





No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...