Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday, 27 September 2011

HUKUM ALLAH (HUDUD) DIHINA....

Laknatullah...barang siapa yang menghina hukum Allah"Tilka hududullah....Allah kata 'tilka', yang memberi maksud, hudud itu milik Allah. hanya Allah sahaja yang dapat mengubah atau meringankan hukuman Dia jatuhkan." kata Ustaz Azhar ketika membidas pernyataan Dato' Dr. Mashitah tentang keringanan hukuman terhadap mereka yang mecuri. Apa dah jadi dengan Malaysia sekarang ni?Kalau beginilah sikap orang-orang islam bagaimana agama lain hendak menghormatinya....sepatutnya kita sebagaiorang islam berilah penerangan apa itu "hudud" ini tak turut sama menghina,biadab dan jahat sungguhperilakunya.....
Bersiap sedialah orang-orang yang turut serta menghina hukum Allah,baik yang melakarkan karikatur ini,bertaubatlah segera ketika diberi kesempatan masa.

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menyelar sikap Akhbar Utusan Malaysia yang di lihat menjadikan isu Hudud sebagai bahan jenaka.
Memetik sebuah karikatur di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26/9/2011, menunjukkan seseorang berserban yang merujuk kepada Musyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz sedang mendengar lagu sambil berbaring. Karikatur tersebut juga menggambarkan irama yang keluar dari alat muzik tersebut dengan perkataan “ Hu..hu..hu..dudd..dudd..” .
Karikatur itu cuba menggambarkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz telah membangkitkan isu lama, iaitu isu Hudud yang menjadi sebutan ramai pihak akhir-akhir ini.
Muhamad Aizat Bahrudin, Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka (gambar) berkata, “sikap akhbar Utusan Malaysia yang menjadikan isu Hudud ini sebagai bahan lawak dan jenaka.adalah keterlaluan Sedangkan mempermainkan-mainkan hukuman Allah merupakan suatu dosa besar.”
Tambahnya lagi, “hudud adalah hukuman yang di syariat oleh Allah. Ianya bukan hukum buatan manusia tetapi ia datang dari Allah. Penghinaan terhadap sesuatu yang datang dari Allah itu adalah sama dengan penghinaan kepada Allah.”
Hari ini hukum Hudud telah digambarkan dengan wajah yang begitu hodoh seolah-olah perlaksanaannya merupakan suatu jenayah. Akhbar arus perdana begitu hebat mempolemikkan isu ini dengan pelbagai tafsiran dan pandangan akal.
“Satu demi satu penghinaan dilakukan terhadap undang-undang Islam. Jika sebelum ini Utusan menghina hukuman zina, hari ini kepada hudud pula. Esok lusa hina Allah dan Rasul pula secara terang-terangan.” tambahnya lagi
Dewan Pemuda PAS Melaka mendesak agar Akhbar Utusan Malaysia memohon maaf terhadap umat Islam atas penghinaan tersebut.
Sumber: Pas Melaka

Untuk Mengetahui Lebih Lanjut: http://melayukini.net/2011/09/kartun-terbaru-utusan-malaysia-hina-islam-dan-hukum-hudud-gambar/#ixzz1Z4YpsK3r

3 comments:

Anonymous said...

Astaghfirullah. Satu lagi kerja mengundang BALA MURKA ALLAH.

Anonymous said...

mengapa perlu dipersoal hukum Allah..

Blogger said...

Sengaja nak mencabar kekuasaan Allah agaknya...

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...