BALASAN BAGI SEBUAH PERJUANGAN
SUATU MASA NANTI MUNGKIN AKAN
BERUBAH
JIKA TIDAK DIJAGA,
AKAN LUPUT DIMAKAN
MASA...
KITA BELAJAR MELALUI SEJARAH
DAN
BUKAN UNTUK MELUPAKAN SEJARAH
TAPI KEADAAN TELAH MERUBAH
SEGALANYA,
MUNGKIN MELAYU AKAN
BERTAMBAH LAYU
DAN
SEMAKIN KUYU,
KERANA NAFSU
KEBENDAAN,KEMEWAHAN
AKHIRNYA
MEREKA LUPA DIRI
DAN
MUDAH MENJADI ALAT
ATAU
MENJADI ANAK TANGGA
ATAU TITIAN
AKAN TERUS DIPIJAK ORANG,
SEDARLAH WAHAI MELAYUKU
SEBELUM IKAN AKAN MENJADI BUDU
BUKAN
SEPERTI NASI MENJADI BUBUR,
YANG SENTIASA TAKBUR
BUDU ITU TERUS-MENERUS DIHINA
TIDAK SEPERTI BUBUR YANG
BEGITU BERHARGA BAGI MEREKA,
SEDAR DEK UNTUNG JANGAN NANTI
MATI TERGANTUNG
TAPI KERANA DEK PERJUANGAN KITA RELA
WALAUPUN PADA PANDANGAN MEREKA
ITU SEMUA TAK ADA UNTUNG...
No comments:
Post a Comment