sebagai hiasan tak ada kena-mengena dengan artikel
Membanggakan,perkembangan industri perfileman di negara kita Malaysia begitu pesat sekarang,bermacam-macam jodolnya yang menunggu giliran untuk ke pawagan.Perkembangan sihat ini haruslah rasanya untuk kita memperkatakan pra dan kontranya terhadap generasi sekarang khususnya remaja.Gejala sosial di Malaysia sekarang memang agak teruk dan menakutkan,murtad,buang bayi,bersekedudukan,pembunuhan,dadah,dedah dan sebagainya.
Dengan perkembangan dunia IT pada hari ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pertambahan gejala sosial.Kita terdedah dari ancaman kebudayaan dan corak kehidupan dari negara barat,suntikan dan ciptaan dari yahudi Laknatullah dan kerosakkan pada generasi remaja sekarang ini adalah peniruan dari bangsa yahudi.Filem,cara berpakaian,makan-minum,pergaulan bebas telah meresap masuk kejiwa anak-anak orang islam.Kerosakan akhlak dan minda kian bertambah parah tanpa perlu menukar agama,cukup dengan meniru dan menjadikan corak kehidupan orang bukan islam sebagai kiblat.
Banyak filem-filem melayu sekarang sudah mirip kearah itu dan banyak lagi cetusan idea baru bakal melonjak,maka tidak hairanlah pada hari ini masyarakat kita yang beragama islam boleh menerima trend-trend baru ini sehingga sanggup mempersendakan agama sendiri.Genre seram dan komedi itu telah menempel di sebalik peha dan dada para pelakon wanitanya,kita ketawa kerana komidinya tapi kita telah dibutakan hati oleh Allah kerana ketaksubkan dan fanatiknya kita terhadap hiburan yang melampau,kita lupa batasan dan hukum agama,yang mendedahkan aurat itu anak-anak kita,anak orang melayu islam yang sebangsa dengan kita,apa hukumnya bila aurat didedahkan,tak malu ke kita bila anak-anak kita terkangkang-kangkang menunjukkan sesuatu yang tak sepatutnya didedahkan.
Bila trend ini sudah menjadi rutin kehidupan maka yang haram sudah menampakkan halal,maka saat-saat itulah kita akan menunggu musibah dan bala dari Allah kerana tak ada seorang pun yang menegurnya,nak harapkan siapa lagi bila ulama dah jadi bisu,pekak dan buta.Filem komedi tapi penampilannya agak ganas dengan imej berantai dan bertatoo dan akhirnya menyumbang minat remaja sekarang menirunya seperti apa yang ditontonnya,mungkin peratusan agak kecil tapi sebenarnya kita ini sudah menjadi agen zonis untuk mempromosi corak penghidupan bangsa kuffar.
Sebuah filem yang baik itu bukan kerana keganasan atau imej lucah,tapi berjaya membawa penonton menjiwai dan menghayati perjalanan cerita dan berjaya mencuri hati penonton,seperti filem-filem Allahyarham P.Ramlee walaupun komedi tapi masih mempunyai mesej yang baik dan tidak hairanlah rankingnya masih baik sehingga kini."Bikin filem bukan semata-mata kerana uang" tapi biarlah ada rasa tanggung-jawab terhadap agama dan bangsa,apa guna filem itu box-office tapi nilai moralnya rendah seperti najis.
Tugasan ulama bukan sekadar berdakwah tapi harus menjadi mata dan telinga dari segenap segi,setiap skrip sepatutnya harus dipantau oleh golongan ulama supaya tidak merosakkan akhlak dan akidah.Kalau dilihat tugas Lembaga Penapisan Filem hari ini memang gagal,bagaimana filem itu ditapis kalau setiap adengan dan ucapan yang secara terang-terang menghina agama islam tidak tertapis,bukankan setiap buah filem itu akan di pertontonkan oleh LPF sebelum diluluskan penayangan di pawagan.......acuciter(ulang) 10x....
No comments:
Post a Comment