Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday 19 February 2012

AIR NESKOTELO BENG

Terbelit lidah nak sebut,apa ke benda punya air(bukan bahasa diluluskan oleh kerajaan).Ini peristiwa betul yang berlaku,macam kisah benar la kira ni,kisah sengoti kata ore Kelate.
Masa remaja semua indah,jalan sana,jalan sini(berderat orang kelantan cakap).Masa tu aku baru berumur pertengahan remaja(kali dan tolak la sendiri berapa umur aku),baru dapat lesen memandu,jadi sewa la kereta barang sebijik dan round bersama tiga orang sahabat aku.

Mula-mula tu tak tahu nak pergi kemana,bincang punya bincang akhirnya capai kata sepakat,kami pergi minum air kat Red Land atau Tanah Merah.Pilih punya pilih terjumpalah satu restoren,pasal apa minat kami minat singgah kat sini,sebab ada pelayan rambut berkarat(warna perang),perasan nak jadi Minah saleh.Datang seorang awek cun "abang nak minum ko nak make",jawabnya aku "order minum dulu la dik".Seorang demi seorang buat pesanan dan tiba giliran aku."Abang nak minum air neskotelo beng",tercengang awek tu...."air gappo bang tak rajin dengar dan tak pernah orang order".Aku jawab aku nak order air tu juga,tiba-tiba big bos dia keluar "awang nak minum air gappo royat la molek jangan main-main" nadanya agar kasar sedikit.

Tambah aku lagi "kita nak order air neskotelo beng kak,jange marah", tambah kakak tu lagi "pah nak buat lagu mana dik?".Gini kak,mula-mula bubuh nescaffe,kopi,teh dan milo,pahtu campur la susu,last sekali kak bubuh la air batu".Ramai mata yang pandang kat kami,kami buat sardin jer,jiwa muda penuh kekacauan,bercelaru dan haru-biru.Tak lama kemudian awek yang datang ambil order tu datang bersama pesanan kami sambil tersenyum(senyum ada makna tu).Dari cermin dapur aku dapat lihat ada mata-mata(banyak mata) yang mengintai aku,aku tengok air yang aku order pun rasa takut,bertingkat-tingkat(bukan nak minum sangat tapi perangai muda yang manggak),aku sedup perlahan-lahan dan ramai peminat yang memandang aku,terasa macam artis gitu....

Dalam hati aku,sedap juga air ni...akhirnya aku minum sampai habis.And finally,tiba time nak bayor(bayar),tauke kedai pula tak tahu  nak caj berapa harga air aku,kakak tu tanya,"selalu adik minum air ni berapa rial",aku tersengih sambil menjawab "serial jah kak","guano murah gitu mo dik,banyak tu,nescaffe,teh,milo,kopi pahtu boh susu pulok","sungguh kak kita besa(biasa) minum serial jah".Bising punya bising aku bayar juga berapa yang kakak tu minta,dah kedai dia,nak buat guano.....KISAH SENGOTI LAGI SUNGGUH DAN BENAR.....

2 comments:

Unknown said...

Assalamu alaikum. salam singgah.

Blogger said...

Waalaikumsalam,terimakasih kerana sudi singgah dan follow blog ambo...

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...