Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday, 29 May 2012

TENTERA NYAMUK YANG BAKAL MENYERANG PENCINTA KEMUNGKARAN

SUBHANALLAH,Maha Suci Engkau Ya Allah.Antara ciptaan Allah yang menakutkan kita manusia,untuk apa nyamuk di cipta,ianya di cipta supaya manusia boleh berfikir akan kekuasaan Allah.Walaupun kita nampak ianya tidak memberi sedikit pun faedah bagi kita,tapi kita silap walaupun sekecil-kecil ciptaan yang mampu kita jentik dan lenyek,tapi itu untuk beberapa ekor sahaja,bagaimana kalau Allah menginginkan ia akan menjadi satu musibah atau bala,Allah mampu jadikan nyamuk sebagai tentera  untuk menghancurkan manusia yang membuat kemungkaran.
Apa yang anda perhatikan dari gambar diatas,yang pasti ianya bukan lembaga hitam dalam filem seram melayu,ianya juga bukan ribut pasir....tapi jutaan nyamuk yang berterbangan,amat menakutkan kalau ianya berlaku di negara kita.Kita tidak lagi mampu untuk keluar rumah,pergi kepejabat atau pergi tengok konsert Jom Heboh atau bercouple.
Tapi Allah masih sayang kepada kita semua,kita masih berpeluang memperbaiki diri dari kesilapan.Nyamuk dan lalat adalah dua ciptaan Allah yang paling unik,walaupun saiz dan bentuknya agak kecil tapi ianya mampu membunuh dengan izin Allah.
Sehebat mana kuasa manusia namun ianya tidak mampu melawan kuasa Allah,janganlah sombong dan bermegah diri kerana kita ini adalah hamba Allah.Kalau iblis sujud kepada Allah apabila diperintah,apatah lagi kita.Kalau kita ini ciptaan Allah mengapa kita ingkar dan tidak pernah sujud kepadanya,ini  menunjukkan kita lebih hebat dari syaitan dalam mengingkari perintah Allah.


Kemanakah kita mampu lari atau menghindari dari bala Allah.....jauhi dari berbuat kemungkaran,renungkan setiap kejadian Allah walaupun ianya sekecil-kecil ciptaan,Kerana Allah mampu kerana Allah Maha Berkuasa.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...