Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 19 May 2012

PENYOKONG KELANTAN TIBA DI BUKIT JALIL






















(Sebahagian penyokong Kelantan yang tiba di Stadium Bukit Jalil pagi ini)

KUALA LUMPUR: Ribuan penyokong Kelantan mula tiba di ibu negara sejak awal pagi tadi bagi menyaksikan pasukan negeri mereka menentang Sime Darby pada aksi final Piala FA malam ini.
Biarpun wisel permulaan dijangka hanya akan dibunyikan tepat jam 8.45 malam, namun sebahagian penyokong skuad 'The Red Warriors' itu sudah mula berkampung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sejak awal pagi.

Kebanyakan mereka yang tiba pagi ini adalah yang menaiki bas sewa khas yang bertolak dari Kelantan malam tadi.

Dijangkakan seramai 50,000 penyokong 'The Red Warriors' dijangka hadir menyaksikan perlawanan penuh bersejarah malam ini, manakala sekurang-kurangnya 15,000 dari Sime Darby atau 'Giant Killer'.

Turut berangkat meyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini adalah Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra.

Bagi kerajaan negeri pula akan diwakili Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yakub serta Exco Datuk Abdul Fatah Mahmood.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa yang kini dalam penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), juga mengesahkan akan hadir.

Beliau yang juga Timbalan Presiden FAM sebelum ini menegaskan, beliau tetap akan hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai "penyokong biasa".(HD)

No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...