Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 7 May 2012

ISTERI DIBELASAH KERANA ENGGAN BENARKANKAN SUAMI BAWA KEKASIH GELAP MASUK RUMAH


KUALA LUMPUR: Dayus dan kejam. Itu gambaran paling sesuai untuk seorang lelaki yang mencekik, menendang dan memijak perut isterinya selepas mangsa tidak membenarkan suaminya masuk ke rumah bersama kekasih gelapnya, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam di rumah pasangan itu di Pantai Dalam, di sini dan mangsa yang mahu dikenali sebagai Tasya, 42, berkata suaminya pulang ke rumah ketika dia lena tidur.

Menurutnya, suaminya yang berusia 50-an mengetuk pintu dengan kuat sebelum menendangnya hingga pecah.“Saya lewat buka pintu kerana saya sedang tidur. Sebaik tersedar selepas terdengar bunyi bising pintu rumah ditendang hingga pecah, saya terkejut kerana suami balik ke rumah dengan seorang wanita berusia 20-an,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Tasya berkata, apabila saya menyoal, dia menyatakan wanita itu adalah teman wanitanya dan menyuruh dia keluar dari rumah bagi membolehkan mereka bermadu kasih di dalam rumah.

“Apabila saya enggan menuruti arahannya, dia mencekik saya, menolak saya ke bawah sebelum mula menendang dan memijak perut saya,” katanya.

Tasya cuba mempertahankan dirinya namun dengan pertolongan teman wanitanya itu, suami membelasahnya dengan teruk sebelum mengambil pisau untuk membunuhnya, namun, dia berjaya melarikan diri sebelum membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...