ALLAH, KEBEBASAN & CINTA,kontrovesi,memang mengundang kontrovesi.Nama minah yang karang buku ni Irshad Manji,siapa Minah ni?.Minah ni adalah anak kelahiran pelarian Uganda dan telah datang dengan selamatnya ke MALAYSIA dan juga berjaya melancarkan buku terbarunya tanpa sebarang halangan.
Sebelum minah Kanada ni datang ramai yang sibuk nak haramkan kedatangannya ke Malaysia kerana tulisanya dalam buku ini..Buku setebal 388 muka surat ini mengupas dan menggarap persoalan kebebasan perempuan,kebebasan perempuan untuk memperjuangkan haknya.Buku ini telah ditolak oleh sebilangan kelompok masyarakat dunia.
Pada awal 2012 irshad Manji pernah diserbu(diserang) semasa melncarkan buku ini di Amsterdam oleh lebih kurang 20 orang sambil mengibarkan bendera hitam seraya berteriak "anda kafir".Hal ini diceritakan sendiri kepada sebuah akhbar(tempo jumaat 4 mei) di negara jiran indonesia semasa melancarkan bukunya disana.
Sedikit kupasan dari blog Ikatan Muslimin Malaysia(isma Jordan)
DARI JAUH KU LIHAT:IRSHAD MANJI:
“Quran tidak memperlihatkan sifat egalitarian jelas untuk perempuan dan wanita. Ianya tidak jelas tetapi penuh dengan kebingungan.“ (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)
“Jauh daripada sempurna, kenyataan-kenyataan Quran yang sering bercanggah itu memaksa para Muslim yang hidup “berpandukan Quran” untuk memilih yang mana untuk diberi penekanan dan yang mana untuk diendahkan.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)
Nadhirah Sahri
Biro Wanita
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan
Sebelum minah Kanada ni datang ramai yang sibuk nak haramkan kedatangannya ke Malaysia kerana tulisanya dalam buku ini..Buku setebal 388 muka surat ini mengupas dan menggarap persoalan kebebasan perempuan,kebebasan perempuan untuk memperjuangkan haknya.Buku ini telah ditolak oleh sebilangan kelompok masyarakat dunia.
Pada awal 2012 irshad Manji pernah diserbu(diserang) semasa melncarkan buku ini di Amsterdam oleh lebih kurang 20 orang sambil mengibarkan bendera hitam seraya berteriak "anda kafir".Hal ini diceritakan sendiri kepada sebuah akhbar(tempo jumaat 4 mei) di negara jiran indonesia semasa melancarkan bukunya disana.
Sedikit kupasan dari blog Ikatan Muslimin Malaysia(isma Jordan)
DARI JAUH KU LIHAT:IRSHAD MANJI:
Walaupun saya berada di luar negara, saya berusaha mengikuti perkembangan tanah air yang tercinta atas rasa cakna dan tanggungjawab. Hari ini, kekecewaan menyelubungi saya setelah membaca berita bahawa pelancaran buku penulis Irshad Manji telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor danKuala Lumpur pada petang Sabtu, 19 Mei 2012. Bukunya yang bertajuk ‘Allah, Kebebasan, dan Cinta’ itu membincangkan konsep ‘politik identiti’ yang menurutnya cuba menyeragamkan Muslim dengan label tertentu. Ironi sekali apabila dia yang melabel diri sendiri sebagai reformis agama membicarakan tentang cinta sedangkan dia lantang menentang ajaran-ajaran dalam Islam yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t. Mana mungkin seseorang yang mengingkari kekasihnya layak membawa orang lain kepada cinta sedangkan dia sendiri belum memanifestasikan erti mencintai dan dicintai.
Di sini, saya ingin menyeru kepada semua pihak, terutamanya pihak berkuasa, agar menjalankan segala usaha terhadap penyelidikan buku ‘Allah, Kebebasan, dan Cinta’ serta menguat-kuasakan pengharaman penerbitan dan penjualannya sekiranya terdapat isi kandungan buku tersebut yang menyelewengkan agama Islam. Saya juga berharap pihak berkuasa bersikap pro-aktif dan tidak membenarkan dia memasuki Malaysia untuk sebarang program pada masa akan datang.
Ramai yang berpendapat bahawa sekatan tidak patut diadakan ke atasnya demi meraikan kebebasan bersuara. Ya, kita memang bebas bersuara tetapi wajarkah kita bebas menyesatkan manusia? Pemikiran Irshad Manji jelas mengelirukan orang bukan Islam yang ingin mengenali Islam, bahkan mencelarukan orang-orang Islam lebih-lebih lagi dia memilih untuk bersuara sebagai seorang muslim yang prihatin terhadap agamanya.
1. Irshad Manji meragukan kebenaran dan kesempurnaan Al-Quran.
“Quran tidak memperlihatkan sifat egalitarian jelas untuk perempuan dan wanita. Ianya tidak jelas tetapi penuh dengan kebingungan.“ (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)
“Jauh daripada sempurna, kenyataan-kenyataan Quran yang sering bercanggah itu memaksa para Muslim yang hidup “berpandukan Quran” untuk memilih yang mana untuk diberi penekanan dan yang mana untuk diendahkan.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)
“Kita harus mengaku bahawa Quran memainkan peranan dalam konflik di merata tempat. Belas kasihan dan hasad dengki dan dendam muncul sebelah-menyebelah. Lihatlah apa yang dikatakannya tentang wanita. Baris-baris yang penuh dengan kasih sayang dan baris-baris yang penuh dengan kedengkian dan kebencian tidak jauh di antara satu sama lain. Begitu juga dengan kepelbagaian agama. Tidak wujud satu teras di dalam teks yang kononnya sempurna, tidak boleh dipertikaikan dan jelas ini. Kesempurnaan Quran adalah diragukan.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)
2. Irshad Manji mempertikaikan kema’suman Nabi Muhammad s.a.w lalu menganggap hadith-hadith tidak patut dijadikan sumber rujukan.
“Bagaimana pula dengan masalah tentang sifat kemanusiaan Nabi Muhammad dan maka terdedah kepada kemungkinan melakukan kesilapan. Sssh. Oleh kerana hadith-hadith ini mengisahkan kehidupan utusan Tuhan terakhir kepada umat manusia, syak-wasangka dan keraguan terhadap hadith-hadith tidak boleh diterima sama sekali…nampak tidak ke mana hala tuju kita? Ke destinasi yang bernama Mati-Akal.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)
“Di dalam kumpulan hadith – riwayat-riwayat sabda dan perlakuan Nabi Muhammad – hampir kesemua yang menyebut tentang anjing hitam muncul dengan rujukan-rujukan yang menghina terhadap perempuan dan Yahudi. Jauh daripada objektif, riwayat-riwayat hadith ini mengutuk anjing-anjing hitam dengan makhluk-makhluk “lain” yang terkutuk. Sekiranya kita tidak mempertikai hadith-hadith, dan sekiranya kita membuka mata kepada corak-corak prasangka, maka kita terus mendokong satu sistem yang menganggap jutaan makhluk Tuhan sebagai makhluk hina dan pelik.”(Irshad Manji, Bab 3: The Trouble with Islam Today.)
“Antara sabda Nabi yang mereka gemari: “Berhati-hatilah terhadap perkara baru, setiap yang baru ialah bidaah (pembaharuan) dan setiap bidaah itu satu kesalahan.” Inikah caranya untuk membina masa depan?” (Irshad Manji, Bab 6: The Trouble with Islam Today.)
3. Irshad Manji meremeh-remehkan solat dan kefardhuannya.
“Namun demikian, tindakan mengambil wuduk, melafazkan ayat-ayat tertentu, sujud dalam keadaan kekok, pada waktu-waktu yang ditetapkan dalam sesehari, adalah satu bentuk penyerahan yang tidak masuk akal – dan satu kecenderungan untuk submisif kerana sudah menjadi kebiasaan. Jika kalian belum pernah menyaksikan kecenderungan ini pada ibubapa atau datuk dan nenek kalian, kalian adalah Muslim di luar kelaziman, sahabatku. Aku mula sedar bahawa apa yang sepatutnya bermula sebagai pedoman hidup beriman berakhir menjadi satu ikutan semata-mata, dan ini membuat aku menggantikan rutin sembahyang biasa aku dengan sesuatu yang lebih bermakna: perbualan-perbualan yang tidak terselindung dan tidak mempunyai struktur khas dengan Pencipta sepanjang hari. Setidak-tidaknya kata-kata perbualan itu adalah daripada aku sendiri.” (Irshad Manji, Bab 1: The Trouble with Islam Today.)
“Nampaknya dalam Islam, para imperialis kebudayaan Arab bersaing dengan Tuhan untuk takhta Yang Maha Berkuasa. Quran menegaskan “Dan milik Allah timur dan Arab. Ke manapun kamu menghadap di sanalah wajah Allah.” Jadi, kenapa , umat Islam harus tunduk menghadap Makkah lima kali sehari?Tidakkah ia menandakan ketewasan kita terhadap Padang Pasir?” (Irshad Manji, Bab 6: The Trouble with Islam Today.)
4. Irshad Manji giat mempromosi homoseksualiti dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran bagi menyokong pendapatnya.
“Bagaimana pula Quran boleh mengecam homoseksualiti dan pada masa yang sama melaung-laungkan segala yang Allah “cipta adalah indah?” Sumber: Quran, 32:6-7, “Yang demikian itu, ialah Tuhan yang mengetahui yang ghaib dan nyata Yang Maha Perkasa, Maha Penyayang. Yang memperindah segala sesuatu yang dia ciptakan. Lihat juga 38.26 yang berbunyi, “Dan kami tidak menciptakan langit dan bumi dan ada apa di antara keduanya, dengan sia-sia.” Ada ayat-ayat yang serupa di 3:191 dan 3:48 yang berbunyi, “Tuhan mencipta apa yang diinginiNya.” (Irshad Manji, Bab 1: The Trouble with Islam Today.)
“Al-Fatiha ialah pertubuhan gay dan lesbian Muslim yang mempunyai cawangan-cawangan di kotaraya-kotaraya besar di Amerika Utara dan Eropah. Di Toronto, paling tidak, majlis makan malam tahunannya menarik kehadiran sesetengah ibubapa-ibubapa yang beragama Islam.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)
“Tidak lama dahulu, semasa minggu coming-out di sebuah universiti Amerika Syarikat, aku membentangkan topik Tuhan dan golongan gay.”
(Irshad Manji, Bab 6: The Trouble with Islam Today.)
Banyak lagi yang boleh saya utarakan mengenai Irshad Manji (melalui pembacaan saya berdasarkan sumber primer dan bukan setakat membaca copy paste orang lain!) tetapi saya lebih suka untuk merefleksi kembali respons dan pendirian kita.
Ada yang berkata jangan risau, muda-mudi kita tidak akan terpengaruh dengan sekadar suatu ucapan atau sebuah buku. Irshad Manji sendiri menceritakan
Setelah banyak menyampaikan ucapan seumpama ini, belia Muslimlah yang keluar dari audiens, berkumpul di sisi pentas, berbual rancak di kalangan mereka, dan mara ke arah saya. “Irshad,” saya mendengar mereka berkata, “kami memerlukan suara-suara seperti anda untuk membantu kita membuka sedikit agama kita, jika ia tak terbuka, kami akan meninggalkannya.” Seorang remaja dari Jordan, selepas dua hari terjemahan Arab The Trouble with Islam Today dikeluarkan, menghantar e-mel kepada saya, dia sedang memulakan kumpulan diskusi bawah tanah untuk menyebar idea-idea ini
Sayang seribu kali sayang andai kita tidak sensitif dengan ‘sekadar suatu ucapan’ atau ‘sekadar sebuah buku‘. Sedangkan kita belajar daripada sejarah bagaimana ucapan Martin Luther King ‘I Have A Dream’ menggegar Amerika sehingga akhirnya diskriminasi terhadap bangsa kulit hitam berjaya dihapuskan, malah kita belajar daripada sejarah bagaimana buku Jose Rizal membangkitkan kesedaran sehingga akhirnya berlaku Revolusi Filipina. Adakah kita mahu membiarkan lebih ramai muda-mudi Islam terseleweng dengan pemasaran idea-idea Irshad Manji secara terbuka dan meluas? Adakah kita rela membiarkan penyebaran idea-idea yang palsu terhadap Islam meracuni jiwa muda-mudi Islam semata-mata untuk meraikan perkembangan intelek
Ada yang memberi alasan kita patut mengambil kira pengalaman pahitnya dibuang sekolah agama akibat banyak bertanya, maka kita patut biarkan dia terus bebas melontarkan persoalan, baru nampak penganut-penganut agama Islam ini terbuka. Mungkin itu alasan bagi Irshad Manji, yang mempengaruhinya untuk memperjuangkan pemahamannya kini, mungkin juga tidak. Apa pula alasan kita, untuk tidak memperjuangkan tanggungjawab mencegah kemungkaran? Hak kebebasan bersuara yang diajar oleh Islam memastikan akal dipandu oleh wahyu. Apabila suara itu mencabar wahyu, wajarkah suara itu dibiarkan berleluasa?
Sungguh, saya rindukan ketegasan khalifah Abu Bakar yang memerangi nabi palsu selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w
Oleh:
Nadhirah Sahri
Biro Wanita
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan
No comments:
Post a Comment