Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 25 May 2012

POLITIK ERA GANGSTERISM DAN SATANISME MEMUNCAK KEMBALI

Pernah di ceritan oleh seorang bekas ahli atau pelampau politik(BN) pada era 70'an.Seperti yang telah diceritakan kepada aku,peristiwa ini berlaku semasa Allahyarham Pak Nik Lah(ayah kepada Nik Amar) dan TGNA untuk pergi berkempen di sebuah pekan(gertak Kecupu).Menyedari akan kehadiran TGNA dan Pak Nik Lah,maka persiapan awal telah di buat untuk mensabotaj kehadiran beliau berdua.Antara persiapannya ialah membeli telur busuk(telur temelar) dari orang kampong dan juga batang-batang pokok kelapa sebagai penghadang laluan.
Seperti yang di jangka maka TGNA dan Pak Nik Lah berserta beberapa sahabat pun melalui jalan tersebut,tapi segala perancangan mereka tidak menjadi seperti apa yang dirancang,Allah maha berkuasa.Setelah itu (orang yang menceritakan) telah pergi kerumah TGNA dan Pak Nik Lah untuk memohon maaf,dan kini dia menjadi penyokong tegar PAS.Peristiwa di atas hanyalah sebahagian kemungkaran yang di buat oleh para penyokong yang begitu fanatik.


Dalam era kemodenan sepatutnya manusia mampu berfikir dan bertindak lebih rasional.Hari ini ramai manusia yang mula berhijrah,dari jiwa kacau kepada jiwa baik dan terbaik.Ramai ustaz-ustaz yang berceramah,mengajak manusia menjadi baik.Berpolitik  biarlah secara jujur dan gentleman,janganlah kita tidak senang,iri hati serta dengki dengan kehadiran parti lain untuk berceramah,kalau tak nak dengar pergi main jauh-jauh,ni tak!,....ganggu sana,ganggu sini,baling batu dan telur busuk.Inilah padahnya bila kita menjadi susah bila melihat orang lain senang....kalau macam ni susah la jadinya.


Dalam era baru media eletronik,blog merupakan saluran baru untuk menyalurkan berita dan peristiwa,kalau kerajaan mempunyai media mereka sendiri(tv dan akhbar),banyak berita dan peristiwa yang disiarkan hanyalah sebelah pihak sahaja,rakyat hanya mengetahui berita hanya sebahagian,tapi dengan adanya blog,tak kiralah yang pro kerajaan atau pembangkang,sedikit sebanyak telah membuka minda rakyat.Kalau nak berpolitik biarlah kita ini dapat menerima hakikat mangapa adakalanya kita di sukai,adakala kita di benci.Kepada penyokong berfikirlah kalau ingin melakukan sesuatu,jangan kerana sedikit imbuhan kita rela menjahanamkan bangsa yang seagama dengan kita.Orang tak kisah engkau hendak berpihak kepada mana-mana politik,tapi tolonglah jangan terlalu extreme,perajudis dan fanatik kepada kepartian.


Mengapa harus membenci dan tak puas hati kepada parti yang menjadi lawan kita,mereka ini hanya musuh dalam berpolitik,bukan dalam kehidupan.Satu peristiwa yang berlaku semasa ceramah di Lembah Pantai,bagaimana satu insiden yang tak sepatutnya berlaku tapi ia terus juga berlaku.Peristiwa baling batu,gangguan enjin motor mat rempit dan bekalan eletrik di putuskan.

Kedua-dua imej di atas adalah buktinya,mengapa sanggup mengambil tindakan yang tak setaraf dengan gelaran sebagai seorang manusia,apakah layak di panggil dengan gelaran lain si pelaku ini.Klik sini berita seterusnya...


No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...