Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 28 May 2012

MENCARI KEBENARAN

 K-POP Dal Shabet& teen Top 


Subhanallah,kita semua mengundang kemurkaan Allah,tak cukup dengan kemungkaran yang ada dalam negara di bawa pula dari luar.Hari perhimpunan jutaan belia negara tercemar dengan hiburan yang melampau ini,kita bercakap bukan kerana  persoalan berbeza politik dan fahaman tapi soal kebenaran,kita mencari kebenaran, bukan ingin menuduh dan membuat tohmahan.Belia merupakan aset terpenting negara,belia penentu hala tuju sesebuah negara,buruk dan baik masa depan negara.Hiburan ialah menjadi kesukaan semua manusia,tapi jangan melampaui batasan dan syariat agama.
Kalaulah begini caranya kita memenangi hati rakyat,kita rosakkan mereka dengan hiburan sebegini...nauzubillah tak tahu nak kata apa.Berhimpuan beramai-ramai dengan bercampur antara lelaki dan perempuan bukan mahram semata-mata kerana inginkan hiburan.Kita boleh berfikir dengan waras yang mana baik dan yang mana buruk, kalau inilah hadiah pemimpin untuk rakyat alamak bertambah celaru 
lah minda belia kita.


Bila sesuatu kemungkaran dianggap biasa,bila kejahatan itu nampak baik,maka kita semua dapat menerima dengan redha apa yang dibuat walaupun ianya amat bercanggah dengan syariat islam,kita sudah hilang sifat malu dan rasa aib....maka saat-saat itu Allah juga sudah hilang sifat sabar dan penyanyang,saat itu Allah akan murka 
dan diturunkan bala yang amat dasyat.
kalau begini kan lebih baik....


Gembiranya rakyat bila dapat berhibur;kita cukup sedih dengan kenyataan begini....

"Biasanya persembahan artis2 K-Pop dibuat secara eksklusif di Arena All Star, Genting Highland dengan harga tiket yang mahal. Langkah KBS menjemput artis K-Pop adalah satu motivasi bijak untuk para belia di Malaysia.

Apa yang pasti persembahan sebegini akan menjadi bahan propaganda negatif oleh pembangkang. Persetankan kerana memang begitu jalan fikir mereka... Mereka tidak pernah mahu berfikir secara positif bagaimana negara maju seperti Korea dapat menyuntik motivasi kepada belia2 di Malaysia yang meminati muzik & seni. 

Korea berjaya mencipta jenama mereka sendiri dalam bidang muzik - K-POP yang dapat dijadikan contoh oleh belia2 negara ini bagi menjulang nama Malaysia ke mercu antarabangsa. Konsert artis asing akan meminggirkan artis tempatan?? Tidak... kerana ramai artis tempatan juga akan memeriahkan sambutan Himpunan Jutaan Belia nanti. Jangan lupa untuk datang beramai2...
Kita kasi gegar PUTRAJAYA pada 23 -27 Mei 2012!!"

Assalamualaikum buat kepada Pecinta Kebenaran!

Sesiapa sahaja boleh mnegaku dia di dalam kebenaran, namun untuk mendapatkan kebenaran hakiki perlulah ada panduan dan pimpinan daripada ALLAH. Lebih lebih lagi di akhir zaman ini lagilah sulit, dengan terdapat pelbagai fahaman dan isme yang masing-masing menyatakan dia benar dan patut diikuti.

Tidak semua orang yang mencari kebenaran memperoleh kebenaran. Sedikit sahaja orang yang bertemu dengan kebenaran. Lantaran itulah ALLAh mengingatkan kita "Sedikit sekali hamba-hamba Aku yang bersyukur." - (as-Saba':13)

Junjungan Mulia ada bersabda yang mafhumnya lebih kurang: "Di akhir zaman, umatku akan berpecah kepada 73 golongan. Semuanya akan masuk nerka kecuali satu yang mengikut sunnah aku dan mengikut sunnah Khulafa'ar-rasyidin(sahabat-sahabat)[ahli Sunnah wal Jamaah]."

Kaedah Mencari Kebenaran

Dalam manusia mencari kebenaran, berbagai-bagai jalan dtempuh orang. Antaranya ialah;


1. Mengikut orang ramai
2. Mengikut Orang besar
3. Mengikut Ulama-ulama'
4. Mengikut Penguasa negara


Mengikut Orang ramai

A. Tidak semestnya kebenaran itu terletak kepada orang ramai . Ertinya dengan mengikut orang ramai tidak akan menjamin dapat menemui kebenaran. Dalam al-Qur'an
ada dinyatakan orang yang berada dalam kebenaran itu adalah amat sedikit.

B. Mengikut sejarah juga terbukti pengikut-pengikut kebenaran itu biasanya tida ramai sebagaimana kisah da'wah Nabi NUh selama 950 tahun yang mana pengikut-pengikutnya hanya lebih kurang 83 orang berbanding penentang-penentangnya.


Mengikut Orang Besar

A. Ditolak oleh ALLAH berdasarkan firman-Nya dalam Kalam Agung, al-Quran yang mafhumnya "Pemuda-pemuda dari kaum Hud berkata, 'Sesunggunya kami benar-benar
memandang kamu berada kurang akal dan sesunggunya kami menganggap kamu termasuk orang-orang berdusta.'"

B. Ditolak oleh kenyataan sejarah. Sebagai contoh kisah yang mana Imam-imam Mujtahid seperti Imam Syafi'i, Hanbali, Hanafi dn lain-lain ditentang oleh para pembesar terutam golongan ulama yang berjawatan di Istana.

Mengikut Ulama'-ulama'

Di akhir zaman ini dinyatakan bahawa para ulamanya banyak yang fasiq. Mafhum sabdaan Baginda, "Akan belaku diakhir zaman yang ahli ibdahnya jahil dan ulama'nya fasiq(menjual kebenaran untuk kepentingan dunia)

Mengikut Penguasa Negara

Kebanyakan pemerintah atau penguasa negara adalah orang yang fasiq dan zalim.


Kesemua cara di atas, jika diikuti, kita tidak akan menemui kebenaran. Untuk mencari kebenaran, Imam Ghazali Rahmatu aliah memberi panduan dengan berkata "Ikutilah ahli-ahli yang mengikut Rasulullah, sahabat-sahabat dan para tabi'in(dalam 300 tahun)" Maknanya, kita hendaklah mengikut kebenaran yang dibawa oleh mereka yang lahir disekitar 300 tahun bermula dengan hidupnyanya Junjungan Mulia sehinggalah
zaman para tabi'in(Org yang melihat sahabat) dan tabi' tabi'in. inilah dikatakan golongan ini dikatakan Salafussoleh.

Hari ini kita wajib berhati-hati, selalu doa' kepada ALLAH azza wa jal supaya letakkan diri kita sentiasa dalam Taufiq dan Hidayah-Nya, dan terhindar dari apa
jua kesesatan, sentiasa beristigfar, tanamkan dalam jiwa sifat Khouf wa raja' (takut dan harap) agar Kasih ALLAH sentiasa pada kita, hamba-Nya yang selalu berbuat dosa ini.

Oh, ALLAH! Letakkan aku ini sentiasa dalam Pimpinan Mu.

Hamba Allah yang sering berbuat dosa,

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...