Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 21 May 2012

ISTERI BALUN SUAMI



KUCHING: Hanya kerana mempersoalkan cara isteri menguruskan wang perbelanjaan harian, seorang suami menerima nasib malang apabila kepalanya dihentak dengan botol oleh wanita itu yang berang, menyebabkan tempurung kepala mangsa retak dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Matang, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian pada jam 11 malam, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan berbual dengan isterinya yang berusia 20-an di rumah, sebelum timbul isu wang perbelanjaan harian mereka, menyebabkan wanita itu mula naik angin.
Menurut sumber, berasakan suaminya tidak mempercayainya lagi, wanita itu tiba-tiba berang dan bergegas ke dapur sebelum keluar semula ke ruang tamu sambil memegang botol.

“Tanpa diduga, dia menghentak belakang kepala suaminya dengan botol itu menyebabkan tempurung kepala mangsa retak serta darah banyak keluar.“Bukan itu saja, isteri muda itu dikatakan hanya melihat suaminya meraung, sebelum seorang jiran yang menyedari jeritan itu datang ke rumah mangsa bagi memberikan bantuan,” katanya.(HM)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...