Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday, 29 May 2012

SEPANDUK LUCAH MENYAMBUT KEHADIRAN DSAI DI MARAN


MARAN - Ceramah Perdana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Maran semalam diperlekehkan pihak tertentu yang memasang kain rentang bertulisan lucah dan tidak bermoral.
Dua kain rentang bertulisan ayat lucah dan menghina itu dipasang berdekatan lampu isyarat berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Maran sempena kehadiran pemimpin pembangkang bagi menyampaikan ceramah di Markas Pas Bandar Maran.
Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Maran, Bustamin Bakar berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu menunjukkan tahap mentaliti pihak berkenaan sehingga sanggup menyediakan kain rentang sedemikian.
Menurutnya, ia membuktikan keresahan kalangan mereka yang gusar dengan kehadiran Anwar sekali gus membuktikan kekuatan Pakatan Rakyat yang kini mendapat sokongan penduduk luar bandar.
“Tidak perlu melakukan tindakan tidak berakhlak ini kerana pembangkang tidak mengacau bila Umno buat program politik.
“Pihak kami menganggap ia hanya tindakan kebudak-budakan kerana mereka seharusnya lebih rasional dan menghormati orang lain,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Pemangku Ketua Pemuda Umno Bahagian Maran, Khairul Amin Osman menafikan dakwaan tindakan memasang kain rentang itu mempunyai kaitan dengan Pemuda Umno Bahagian Maran.
Dalam pada itu, Anwar dalam ceramahnya menyentuh tindakan penganjur pertandingan nyanyian lagu Mandarin yang berlangsung pada masa sama dengan jarak hanya 200 meter dari pentas ceramah perdana itu.
“Ini tindakan biadab dan tolong sampaikan salam saya kepada pihak penganjur,” katanya.
Namun, pihak penganjur pertandingan itu, MCA Bahagian Maran memaklumkan bahawa pihak mereka sudah lama merancang program tersebut sebelum mengetahui akan kehadiran Anwar pada masa dan tarikh sama.
Katanya, penganjur tidak dapat membatalkan pertandingan itu memandangkan ia membabitkan penyertaan peserta berdaftar.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...