Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 28 May 2012

MENGAPA HATI RESAH,GELISAH DAN TAK TENTERAM

Resah,gelisah dan tak tenteram adalah ungkapan yang berlainan,namun maksudnya sama walaupun tak serupa.Bila resah dan gelisah tentu menimbulkan suasana yang tak tenteram.Suasana tak tenteram itu timbul dari dalam diri seseorang dan bergantung dengan hati dan perasaan.
Bila kita selalu bermain dengan perasaan akan menimbulkan sesuatu akibat yang buruk,melayan karenah perasaan  juga boleh bawa mati takpun separuh mati.Bila bercakap soal resah dan tak tenteram ianya banyak penyebabnya.Kita tak tenteram bila melihat orang lain tenang dan aman damai,kita susah hati bila melihat orang lain senang,lantaran itu bila terus di layan akan menimbulkan kebencian di hati,berpunca dari perasaan dengki dan iri hati.
Sering kali kita baca akhbar dan tonton di media eletronik bagaimana orang yang kaya dan banyak duit boleh bunuh diri,sangkaan kita bila dah banyak duit tentulah hidup senang sebab tak perlu rungsing,tak payah banyak berfikir,tapi sangkaan kita ternyata meleset sama sekali.Kadang-kala terasa pelik bagaimana boleh jadi macam tu.Duit banyak bukan penentu ketenangan seseorang,serigkali bila harta bertimbun boleh menyebabkan hati bertambah resah,macam-macam kena fikir(malas nak tulis sebab malas nak fikir).Tidak pernah merasa puas dan bersyukur(tidak syukur nikmat) dengan apa yang ada,seringkali jiwa memberontak,dah ada banyak nak banyak lagi....last-last mati dalam keadaan mencari kekayaan dunia,dan samalah macam Karun.


Kekayaan Karun sukar untuk ditandingi dengan kekayaan manusia hari ini,semua harta yang dijumpai tersembunyi di perut bumi dipanggil Harta Karun,bukan harta Hassan atau  mana-mana  Datuk atau jutawan.Mencari kekayaan dari sumber yang haram adalah juga jadi penyebab tidak ada ketenangan dalam hidup.Carilah rezeki yang halal kerana ianya akan melahirkan generasi yang baik dan menjamin keberkatan dalam penghidupan.


Sifat susah hati melihat orang lain susah,bunyinya macam pelik,tapi tak ada peliknya,orang kadang-kadang gelisah melihat ada orang yang susah(fakir,miskin) datang bertandang untuk mencari sedikit rezeki buat menyambung kehidupan,nampak jer kelibat orang datang meminta sedekah terus kunci pintu sambil mengintai di sebalik tirai kaca.Aku kadang-kadang naik rimas bila pergi kerumah orang kaya(bukan semua),kerana tugasan kadang-kadang selalu berhadapan dengan situasi begini.Terkinja-kinja di depan pintu
pagar,jarak pintu pagar dengan rumah kadang-kadang sampai beratus meter,nak bagi salam tak dengar,tekan loceng pintu sampai naik lenguh tangan tak datang-datang juga,terasa diri ini macam peminta sedekah.


Orang miskin kadang-kadang lebih tenang hidupnya,mereka selalu sedar yang setiap penghidupan telah dibekalkan dengan rezeki masing-masing(dilangit dan dibumi).Mereka yakin dengan janji-janji Allah.Hidup mereka penuh dengan kegembiraan walaupun hidupnya tidak dilimpahi dengan harta,tapi penuh dengan rahmat dan nikmat.Sentiasa mengingati Allah pada waktu senang atau susah,tiada ketenangan dalam penghidupan selain dapat melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan apa yang ditegah.Selalu bersedekah atau membuat kebajikan,jiwa jadi lebih tenang setiap kali selepas kita dapat membantu orang lain yang didalam kesusahan....

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...