Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday 4 May 2012

KLIP SEKS:AZMIN ALI MAHU SAMAN UTUSAN 100 JUTA


SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mahu menyaman Utusan Malaysia RM100 juta kerana menyiarkan laporan klip video seks yang menggambarkan kononnya si lelaki adalah beliau.
Kelmarin, Azmin menafikan beliau lelaki yang dirujuk dalam laporan dan gambar-gambar yang mengiringnya.Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, dakwaan dan gambar-gambar yang digunakan adalah rekaan semata-mata, bermotifkan politik dan tahap kewartawanan yang sangat menjijikkan.

"Hari ini, Azmin menerusi peguamnya Edwin Lim Suren & Soh mengeluarkan tuntutan kepada  Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang memiliki Utusan Malaysia dan editor agar menarik balik dakwaan-dakwaan itu dan membuat permohonan maaf di muka depan Utusan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Melihat kepada keseriusan dakwaan dan edaran akhbar di peringkat nasional, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menuntut ganti rugi RM100 juta.(sh)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...