Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday 15 January 2012

SPRM PERLU SAKSI KES PEGAWAI PERHUTANAN SEMBUNYI RM700,000

IPOH - Individu yang mempunyai maklumat berhubung kes seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak yang dipercayai menyembunyikan sejumlah wang tunai yang banyak selain pelaburan saham membabitkan jutaan ringgit diminta tampil bagi membantu siasatan.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak Nooraziah Abd Manaf berkata pihaknya telah mengambil keterangan beberapa individu dan kini masih mencari individu lain yang mempunyai maklumat bagi membantu melengkapkan kertas siasatan.Ketika dihubungi Bernama hari ini, beliau berkata individu yang dipanggil untuk memberi keterangan bukan dianggap pesalah malah kehadiran mereka diperlukan bagi membantu pihaknya mengenal pasti kesalahan dan mengesan pelakunya.


"Semua kenyataan, dokumen dan sebagainya amat diperlukan untuk bukti suatu kesalahan itu. Proses siasatan juga terikat dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi."Mereka (individu) tak boleh ditahan jika apa yang diperlukan daripada mereka pada ketika itu telah selesai, atau dengan benarkan mereka balik apabila dirasakan tidak jejaskan siasatan," katanya.Sebuah akhbar semalam, melaporkan pegawai kanan yang berusia lingkungan 50-an itu ditahan pada pukul 2 pagi Khamis lepas, ketika berada di dalam rumah bersama isteri serta beberapa anaknya di kuarters kerajaan berhampiran Kem Tentera di Gerik.


Hasil pemeriksaan menemui wang tunai RM720,000 yang disusun rapi dalam lipatan telekung dan sebahagian lagi bersama beberapa buku amanah saham membabitkan pelaburan bernilai lebih RM4 juta disembunyikan berasingan di beberapa lokasi termasuk di dapur serta ruang tamu rumahnya.Pegawai terbabit ditahan sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan kes itu.(SH)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...