KUALA LUMPUR - Kehilangan bekalan ubat-ubatan bernilai RM1 juta di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak kebelakangan ini rupa-rupanya angkara orang dalam.
Hasil siasatan polis ekoran kejadian pada 25 Disember itu mendapati kemudiannya membawa kepada penahanan dua suspek yang juga kakitangan HKL di rumah mereka di sekitar ibu kota.
Menurut sumber, kedua-dua suspek yang ditahan Khamis lalu didapati sudah bekerja di bahagian farmasi HKL selama lebih dua tahun.Mereka disiasat atas dakwaan melarikan pelbagai jenis ubat dan mengambil kesempatan sempena hari cuti umum untuk melarikan ubat-ubatan berkenaan.Hasil siasatan polis ekoran kejadian pada 25 Disember itu mendapati kemudiannya membawa kepada penahanan dua suspek yang juga kakitangan HKL di rumah mereka di sekitar ibu kota.
"Suspek mengambil kesempatan pada cuti Krismas untuk melarikan ubat-ubatan tersebut kerana ketika itu kebanyakan kakitangan HKL bercuti," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Difahamkan, suspek melarikan ubat-ubatan tersebut sedikit demi sedikit bagi mengelak dikesan dan dipercayai menjualnya di pasaran gelap.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
No comments:
Post a Comment