Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday, 11 January 2012

NINJA BERSAMA BAPA DAN 3 LELAKI DITUDUH MENCULIK


JOHOR BAHARU: Seorang lelaki bernama Ninja bersama bapanya serta tiga lelaki lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik dan membunuh seorang ahli perniagaan warga Singapura, di bandar raya ini, November tahun lalu.

Ninja Abdul Latif, 22, bapanya, Abdul Latif Ahmad, 53, serta tiga lelaki, Ngu Lai Hoo, 38, Khairul Halmie Mohd Azmi, 23, dan P Vickneswaran, 25, bersama beberapa individu yang masih bebas menghadapi dua pertuduhan: 
pertama - dengan niat menahan Sim Chee Yong, 56, dengan cara melarikan dan menghalang mangsa bagi mendapatkan tebusan sebanyak RM800,000 di Jalan Tun Abdul Razak di sini, kira-kira 11 malam, 26 November; dan

kedua - kesemua mereka didakwa bersama beberapa individu yang masih bebas dengan niat membunuh Sim di muara Sungai Kongkong, Masai, di sini, antara 3 pagi, 30 November sehingga 11.30 pagi, 1 Disember, juga tahun lalu.Pasangan anak beranak yang bekerja sebagai mekanik serta tiga lelaki penganggur itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua pula dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandori, jika sabit kesalahan.

Kelima-lima mereka mengangguk faham terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Isa Mohamad, namun, tiada pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil dan hanya Vickneswaran diwakili peguam R Subash.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan forensik. - Bernama

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...