Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 23 January 2012

MAYAT PELAJAR LEMAS DITEMUIL DI PANTAI SERI TELONG BACHOK

BACHOK - Mayat seorang pelajar berusia 14 tahun yang dipercayai lemas ketika mandi di Pantai Seri Telong di sini ditemui kira-kira tiga jam setengah selepas kejadian itu, malam tadi.

PANTAI SERI TELONG
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Bachok, Nordin Zakaria berkata, mayat Amirol Wafiy Abdul Manaf dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok dijumpai terapung-apung tidak jauh dari tempat kejadian pada pukul 9.30 malam tadi.
"Mangsa bersama dua lagi adiknya pergi mandi ke pantai berkenaan bersama jiran-jirannya pukul 6 petang semalam," katanya.Beliau berkata, pada kejadian itu Amirol dilihat terkapai-kapai lemas dibawa ombak oleh adiknya, Amirol Risqi dan segera meminta tolong jirannya Mohd. Noor Awang, 42, tetapi gagal.
Nordin berkata, sebaliknya Mohd. Noor dan Amirol Risqi juga hampir lemas ketika berusaha menyelamatkan mangsa tetapi kedua-duanya sempat diselamatkan oleh penduduk kampung yang melihat kejadian ituSementara itu, ibu mangsa, Nellyariana Anuar Kamal, 44, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kandis berkata, beliau tidak menyangka kejadian itu menimpa anaknya.
Beliau terkilan sebelum kejadian itu Amirol Wafiy berada bersamanya untuk menemani dan membantunya ketika beliau sakit kepala."Beliau seorang anak yang rajin dan sentiasa mematuhi setiap arahan saya," katanya.Jenazah Amirol Wafiy selamat dikebumikan di kawasan perkuburan Kampung Kandis pada pukul 9 pagi tadi. - BERNAMA

No comments:

Search This Blog

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...