Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 21 January 2012

IBU DAN BAPA ANGKAT YANG TERANGKAP

Inilah padahnya anak-anak gadis hari ini lebih mempercayai orang luar dari saudara kandung sendiri,bila gaduh sikit,lari.
Ingatlah dik sebusuk-busuk daging dibasuh dimakan jua,tapi busuk hati orang luar yang tiada pertalian dengan kita mana kita tahu,kan lain jadinya,keluar mulut itik tapi masukmulut biawak...tak gitu..

KUALA LUMPUR: Malang bagi seorang gadis apabila simpati yang dicari dengan menumpang di rumah bapa dan ibu angkat selepas berselisih faham dengan abangnya bertukar tragedi apabila menjadi hamba seks pasangan terbabit selama 19 hari, sebelum berjaya melarikan diri, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berusia 21 tahun berselisih faham dengan abang kandungnya pada 28 Disember lalu sebelum keluar ke rumah bapa dan ibu angkatnya yang berusia 40-an di Kajang Utamauntuk menumpang sementara. 
Menurut sumber, sebaik tiba di rumah itu, mangsa menceritakan masalah dialami kepada bapa dan ibu angkatnya itu.

“Selepas mendengar masalah itu, mangsa diarah ibu angkatnya masuk ke dalam bilik tidur utama, tetapi mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia dipukul.

“Sebaik masuk ke dalam bilik, ibu angkatnya mengunci pintu manakala bapa angkatnya yang menunggu di dalam bilik menayangkan filem lucah,” katanya.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...