Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday, 4 January 2012

IBU-TUDUHAN NUR AMALINA LIAR ADALAH FITNAH

JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.
Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.

Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.
Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.

Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.

Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.

Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.

“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.

“Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
“Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini,” katanya.

Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.

“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya.

Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.

“Saya sendiri harap penga­jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari,” katanya.

Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.

Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan.

“Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan,” katanya.(SH)



 


  • Zahar JulietBravo
    kasihan seorang anak cikgu nie... hehe, walaupun sy x sebijak seperti dia tpi sy bersyukur kerana diberi didikan agama yg sempurna oleh ibubapa sy. Terang lg bersuluh masih nk menafikan ke? dari segi perwatakan dlm gmbar sudah pasti semua org akan beranggapan anak puan seorang yg liar... Terimalah hakikat bahawa kini anak puan sudah terpinggir dari asal usul, agama dan bangsaNya. Diamana perginya ikrar kita kepada negara? "Kesopanan dan kesusilaan"? Kasihan kerana kini dia sudah lupa... Smoga Allah swt berikan hidayah kepadanya. Wallahualam.

    • Ummu Hafsah Sofeah · Tech at UTHM
      setuju...apa yg ibu bapa tuai/tanamkan pada anak semasa kecil, bila anak dewasa dan jd apa yng ia jd sekarang itulah hasilnya....

    • Shafik Sharif · Works at SUHAKAM
      sy tercari-cari ayt yg perlu sy ungkapkan utk jelaskan ape kekliruan kite sbg umat Islam dgn seorang pelajar cemerlang dr negara kita yg beragama Islam...trime kasih en zahar, jawapan anda adalah yg plg konsisten utk menjawab semula...sy sgt setuju...

    • Ija Idris
      kalau dididik penuh dgn keislaman..sejak kecik hingga dewasa, tapi mengapa masih ada hamba Allah yg menukar agama mereka ke agama lain selain ISLAM?
      sesungguhnya HIDAYAH ALLAH itu lah yg kita harapkan :)

  • Mieyu Anak To'Wan · CEO/MD/KULI at Pesona Zarith Enterprise
    kalau tak betul..baguslah...tapi kalau dah ada khabar angin..mak ayah kena take action la..jgn back up anak 100 persent...(tergaru gak kepala ni...kenyataan begini boleh nkeluar dari mulot mak dia.."saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kalau mak yang beli pakaian gitu untuk anak gadis sendiri...nak salahkan sape..nauzubillah.

  • Oren Ezzre · UniKL IPROM
    Saya pon xbertudung dari kecil sampai hari nie n parents saya mmg xbagi saya pakai tudung. Tapi saya masih menjaga batas2 yg ada n saya belajar dkt UK jugak. Ya, kita xboleh kata org yg free hair tu liar la, apa la. Xperlu condem lebih2, lebih baik kite bimbing dier dari condem. Betul x?

    p/s: saya seorang lelaki :P

    • Nur Syahirah Muzakir
      dari mengutuk baik bawa ke jalan yang benar n doa dapat hidayah kan...itu lagi baik...kite xtau..mungkin suatu hari nanti bile dye dapat hidayah, iman dye lagi hebat dari kita...n kite xtau kat akhirat nntey mungkin dye dtg jumpe kite n mnx pertanggungjawaban atas setiap perkara yg kite kutuk pasal dye...:)...wallahu a'lam bissawab...:)

    • Razif SpecialEdition · UniSZA 2010
      lelaki rupanya..buat suspen je hahaha..

    • Diyana Zahari
      aiyaa... =_=' mmg suspen

  • Yang Reti Base ·  Top Commenter
    Bank Negara wajib lakukan penyiasatan yang rapi berkenaan isi ini. Jika benar sebagaimana didakwadedahkan, Bank Negara mesti menghentikan pembiayaannya kepada Amalina. Lebih tepat lagi, minta balik setiap sen yang sudah dibelanjakan untuknya.

    • Zamruddin Muhidin
      siasatan apa? biasiswa diberikan bukan sebab dia bertudung, tapi sebab dia bijak. ibunya dah terang2 menyatakan dia memang tidak bertudung, cuma di sekolah sahaja dia bertudung. sepatutnya anda semua mendoakan semoga dibuka pintu hatinya. dan jangan biarkan syaitan pula yang menyebelahinya.

      Abu Usama related that Abu Hurayra said, "A man who had drunk wine was brought to the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, who said, 'Beat him.'' Abu Hurayra said, "Some of us hit with our hands and some with their garments. When it was over, some people said, 'May Allah disgrace you!' The Prophet said, 'No! Do not say that. Do not help Shaytan against him.'"

      [ Sahih al-Bukhary, Book of Hudud ]

    • Suhana Sam
      Zamruddin Muhidin penajaan pun mesti tgk kemajuan budak2 yg ditajakan...?takkan dah taja terus pejam mata lulus tak lulus budak2 tu buat tak tau...mesti ada minimum pointer budak2 tajaan ni kena capai...kalo gagal lama dah tajaan kena tarik blk....

    • Shazrin Subri · UiTM Seri Iskandar, Perak
      Zamruddin Muhidin betul tuu..bukan nak sokong amalina..diluar sana ramai lagi orang yang tidak bertudung dapat tajaan takkan kerana dia tidak bertudung kita kena rosakkan masa depan dia.lagi pun dia dah nak tamat pengajian

  • Muhammad Najmi Ahmad Zabidi ·  ·  Top Commenter
    Laa mak dia yg tak didik anak dia pakai tudung padan la pun..ptuihhh.

  • Razif Fuad ·  ·  Top Commenter · Setiausaha 1 at Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM (SPMM) · 162 subscribers
    saya puji kegeniusan Amalina. Saya sedih dgn pengabaian agamanya...

    • Naqiuddin Aziz · Singapore
      “Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

    • Ju Wariah · Universiti Malaya
      Naqiuddin Aziz - Memang kenyataan yg memalukan kaum guru!

  • Ustaz Surol Miri ·  Top Commenter
    " Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata." Itu peribahasa. Tetapi di akhir zaman ini banyak fitnah. Orang yg beriman dgn Allah dan hari akhirat hendaklah bercakap perkara yg baik/benar atau diam.

    • Napisah Yunus ·  Top Commenter
      benar tu ustaz. ada 3 pilihan sj, cakap benarwalaupun pahit, atau diam, tengok timbang dan fikir.

    • Rahza Nassah · Politeknik kota bharu
      anak dilahirkan bersih dr dosa ibarat sehelai kain putih.. tetapi mak bapak laa yang mencorakkannya..kalau asal utama utk mencorakkanya menggunakan berus islam, dakwat iman..bunganya dosa dan pahala.. insyaallah berjaya dunia akhirat.. dork gitu ustaz?

  • Mohd Afiq ·  · Photographer at ETS STudios
    sbg ibu...hanya membiarkan anak tidak bertudung sejak dr sekolah lg...mudah2an mereka mengingati Allah...

    • Fyfy Fyqa · UiTM Merbok, Kedah
      *geleng2 kepala* teruskan saya katakan, saya bukan ingin mgata atau sebaliknya, tapi saya tetap berasa sedih. Saya adalah gadis yg tidak bertdung sejak daripada kecil lagi namun sejak saya belajar di UiTM, ramai yg cuba bimbing saya utk bertdung, terutama sekali sokongan daripada kedua org tua saya yg sememangnya dia pun mgharapkan benda yg sama.

      The truth is, org cuba mjatuhkan anda neh, saya melihat satu bentuk pcetus utk saya bfikir panjang kenapa ramai gadis2 skrg, semakin sexy while sedikit sahaja yg mau kan perubahan yg lebih afdal. Termenung panjang saya baca hakikat statement daripada maknya.

      Namun, biar lah neh dijadikan satu pgajaran buat saya. Saya berharap Amalina terus maju jaya dan satu hari nanti, pasti perubahan tuh akan tiba.

      • Pakdoe Allan ·  Top Commenter
        biasalah tuh bila dididik dengann kemewahan, sama juga degan ahli sukan negara....bila dah kaya cam 'hampeh'...mainn cam bbalaciiii...

      No comments:

      Search This Blog

      Archives

      PING BUSUK

      APESAL TENGOK JER...