Kalau inilah yang kita harapkan untuk menjadi pemimpin dan boleh menjaga agama, aku rasa amat malang.Melayu seketika dulu amat disegani dan dihormati,tapi sekarang mengapa menjadi kebencian orang,kenapa dan mengapa,kita nilai sendiri dari video dibawah.
Memang kita tidak tahu kisah sebenarnya disebalik apa yang berlaku,tapi yang nyata beberapa orang pemuda bermotosikal yang sebangsa dengan aku tiba-tiba datang menyerang,entah apa dan mengapa tapi rasanya sikap kurang ajar diaorang ini melambangkan keperibadian bangsa melayu dan agama islam,adakah ini sebenarnya yang diajar oleh islam.Islam menyeru supaya berbaik-baik dengan agama lain selagi agama lain tidak menyentuh soal agama islam,kelakuan begini akan menimbulkan perasaan dan perbalahan antara kaum.Kalau pemimpin kita menyeru semua rakyatnya hidup secara aman dan damai disebaliknya ini yang berlaku.
Ramai yang bercakap negara kita ada perundangan jangan membuat keputusan sendiri,tapi ini dah lain jadinya.Demi kerana nafsu dan rasa tidak puas hati kita menjadi manusia yang jiwanya kacau,kita meracau,aku sikit pun tidak merasa bangga kalau bangsaku berkelakuan sedemikian.Kalau rasa ada perasaan keislaman kita akan merasa marah bila agama kita dihina,ini baru betul,tak pun mari kita bantu mempertingkatkan darjat orang islam supaya kembali bertahta dihati orang bukan islam,jadikan orang islam sebagai contoh dan tauladan "inilah islam yang menjadi contoh dan ikutan"
Memang kita tidak tahu kisah sebenarnya disebalik apa yang berlaku,tapi yang nyata beberapa orang pemuda bermotosikal yang sebangsa dengan aku tiba-tiba datang menyerang,entah apa dan mengapa tapi rasanya sikap kurang ajar diaorang ini melambangkan keperibadian bangsa melayu dan agama islam,adakah ini sebenarnya yang diajar oleh islam.Islam menyeru supaya berbaik-baik dengan agama lain selagi agama lain tidak menyentuh soal agama islam,kelakuan begini akan menimbulkan perasaan dan perbalahan antara kaum.Kalau pemimpin kita menyeru semua rakyatnya hidup secara aman dan damai disebaliknya ini yang berlaku.
No comments:
Post a Comment