Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday, 17 January 2012

NASIB SEORANG GURU-dah la didera suami,dibuang kerja pula

Dah la didera suami dibuang kerja pulak,begitulah nasib yang menimpa seorang guru,kesian bila memikirkannya.Pernah minta tukar tapi apakan daya,akhirnya membawa diri ke semenanjung bersama seorang bayi....

ALOR SETAR – Gara-gara tidak tahan dipukul dan diancam bunuh oleh suaminya,seorang guru wanita yang menetap di Tawau,Sabah mengambil tindakan nekad ,dengan meninggalkan negeri itu untuk menyelamatkan diri.Siti Muniroh Mohd. Shukri, 31, melarikan diri bersama seorang bayi lelakinya untuk pulang ke pangkuan keluarganya di Kampung Alor Buluh, di sini sejak Julai lalu bagi memperbaiki nasibnya.

Bagaimanapun nasib malang wanita itu belum berakhir apabila tindakannya itu menyebabkan dia kehilangan kerja selepas rayuannya kepada Kementerian Pelajaran untuk membuat pertukaran sekolah di daerah ini tidak diluluskan sehingga hari ini.
Siti Muniroh memberitahu, dia telah menghantar tiga surat permohonan dan rayuan untuk pertukaran sekolah selain berjumpa dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Sekolah Rendah Harian di kementerian tetapi permohonannya gagal.

“Saya amat berharap agar permohonan pertukaran sekolah diluluskan kerana masih perlu menanggung seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan,” katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Menurut wanita itu, dia kini terpaksa menumpang di rumah ibu dan bapanya, di sini yang bekerja sebagai peniaga burger di pasar malam, bahkan makan dan minumnya turut ditanggung oleh mereka.
Katanya, selain menderita apabila menjadi mangsa pukul suami, dia juga tertekan kerana sering diugut ah long yang menuntut hutang kira-kira RM11,000 termasuk bunga yang dipinjam suaminya yang berusia 31 tahun itu.
Tambahanya, dia telah memohon penceraian di Mahkamah Syariah di sini kerana tidak sanggup lagi meneruskan hubungan dengan suaminya yang merupakan seorang penganggur memandangkan sikapnya yang panas baran dan suka memukul.
”Saya bukan sengaja mahu meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang guru di Sabah tetapi terpaksa melarikan diri akibat tidak tahan dipukul termasuk rambut digunting serta diancam bunuh oleh suami,” katanya yang berkahwin pada Jun 2009.
"siapakah yang bakal membela nasibmu" 

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...