Paranormal...
Kalau zaman dahulu manusia cukup takut dengan hantu,dengar nama pun dah kecut.Hantu yang aku paling takut masa aku kecil-kecil dulu ialah orang kelantan panggil "hantu mok kopek".Hantu ni berbuah dada besar,sebab senang nak sorok budak-budak kat celah tu.Kata mak aku jangan suka main masa waktu senja.
Zaman dah berubah dan nampaknya pemikiran orang-orang melayu tak pernah berubah,sukar untuk nak pisahkan melayu dengan dunia "mistik".Ngusek sana ngosek sini kata orang kelantan.Ngusek dan ngosek tu satu makna yang sama yang bererti gangguan atau teguran.Pada hari ini hantu sudah bukan perkara mistik dan misteri.Hantu sudah dapat di lihat di mana-mana.Kita selalu tengok video jelmaan hantu dalam klip video yang berjaya di rakam dengan telefon berkamera(HP).Dari segi kesahihan tak dapatlah aku nak pastikan samada betul atau pun tidak.
Kemajuan dalam bidang sains dan rekaan amat berkembang maju,banyak peralatan yang direka untuk merakam makhluk halus(iblis bukan kuman).Seekers atau paranormal adalah kerjaya atau satu kumpulan yang mencari tempat-tempat yang berpuaka dan merakamnya,sejauh mana kejayaannya anda semua boleh menjawabnya.Dunia mistik adalah bersangkutan dengan alam ghaib,manusia tak mampu untuk melihat iblis dengan mata kasar,kerana terkandung hikmah dan penyebabnya maka Allah tidak memberi kekuasaan pada semua makhluk untuk melihat iblis atau hantu.
Kalaulah manusia mampu melihat hantu seperti mana kita melihat manusia,maka tak mampu la kita nak berjalan sebab berlanggar dengan mahkluk ini yang berada di mana-mana sahaja dan berbagai rupa yang menakutkan.Pencari hantu atau seeker,kerjanya menjejak hantu.Pada hari ini hantu dah tak senang duduk dan buat kerja mereka.Hantu biasanya tinggal kat rumah-rumah yang di tinggal,di dalam hutan dan kat pokok-pokok besar,tapi hari ini kediaman mereka dah di ceroboh menyebabkan dia menjadi rungsing kat mana pula dia nak tinggal.Kerana kerap terakam oleh rakaman kamera, nampaknya dia bukan lagi misteri atau objek yang menakutkan manusia.
No comments:
Post a Comment